Dalam tempoh masa yang panjang, anak perempuan Eva yang berusia 10 tahun, Malva mengalami kesulitan tidur pada waktu malam. Dia tidak ingat bila ia bermula, tetapi ia menimbulkan kebimbangan.

Semua anak kita mempunyai rutin tidur yang sama dan kanak-kanak sepatutnya lebih mudah tidur, tetapi tidak Malva. Eva dan suaminya telah cuba pelbagai jenis ubat tetapi tidak ada yang membantu.

“Ibu, saya tidak dapat tidur,” Malva sering berkata kepada ibunya selepas beberapa jam berbaring. Dia akan duduk di atas katil, kerana tidak dapat tidur. Dan lebih merisaukan ia berlaku hampir setiap malam.

Semakin lama, dia menjadi semakin cemas. Dia bimbang dia tidak dapat bangun awal pada waktu pagi untuk bersiap ke sekolah. Tetapi insomnia sering mengganggunya.

Ibunya sentiasa berusaha mencari jalan yang terbaik untuk membantu Malva mendapatkan tidur malam yang baik.

Menyedari keperluan untuk keseimbangan, ibunya tahu bahawa terlalu banyak aktiviti fizikal di siang hari serta apa-apa yang merangsang aktiviti otak dekat dengan waktu tidur membuatnya lebih sukar untuk tenang dan tidur.

Oleh itu, mereka memilih untuk mengurangkan aktiviti tertentu; Malva tidak dibenarkan untuk bermain dengan rakan-rakannya selepas waktu sekolah supaya Malva dapat tidur lebih awal. Sebelum tidur, Eva dan suaminya juga akan berbual dengannya dalam usaha untuk mengetahui sama ada sesuatu mengganggunya.

Tetapi semua ini hanya membuahkan hasil yang sementara. Malva kembali dengan rutin lamanya dan mereka tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

Penyelesaian yang tidak dijangka

Selama bertahun-tahun, Eva dan suaminya telah mengamalkan dan mendapat banyak manfaat daripada-amalan meditasi Cina kuno yang dipanggil Falun Dafa. Ia termasuk latihan lembut dan falsafah mengenai bagaimana untuk memperbaiki diri sendiri yang dipandu oleh prinsip kebenaran, belas kasihan, dan toleransi. Mereka telah mendapat banyak manfaat daripada amalan itu yang diterapkan dalam kehidupan seharian sebagai pasangan – mereka mempunyai hubungan yang lebih bahagia dan lebih menghormati satu sama lain.

Eva dan anak perempuannya Malva

Sebagai ibu bapa, penting untuk dapat meneruskan akhlak yang baik kepada anak-anak. Mempraktikkan Falun Dafa dan mengikuti ajaran yang dinyatakan dalam buku Zhuan Falun telah membantu mereka, sebagai contoh, untuk menjadi lebih jujur ​​kepada orang dan kepada diri sendiri.

“Saya jujur ​​tentang kesilapan saya dan saya tidak membiarkan konflik berpanjangan. Sebaliknya saya cuba melihat di mana saya salah. Saya dapat mencari penyebab di sebalik sikap saya untuk menjadi mementingkan diri, takut, atau malas. Ini adalah perkara-perkara yang saya terapkan dalam diri saya ketika saya mengamalkan prinsip Falun Dafa,” kata Eva.

Eva dan suaminya mengajar anak-anaknya tentang bagaimana untuk menjadi orang yang baik menurut falsafah ini. Malva dan adik lelakinya juga turut cuba mengamalkan latihan ini dan kadang-kadang mereka mahu melakukan seorang diri atau berdua, tetapi mereka tidak melakukannya dengan kerap.

Malva melakukan latihan meditasi dengan adiknya

Pada musim panas, ketika Eva dan suaminya berlatih di luar di sebuah taman dengan kumpulan Falun Dafa tempatan, Malva datang dan menyertai mereka. Terdapat empat latihan berdiri dan satu meditasi duduk. Mereka melakukan semuanya tetapi memendekkannya supaya Malva dapat bersama-sama sampai ke penghujungnya dan menyesuaikan diri.

Tidak lama selepas mereka tiba di rumah, sudah tiba masa untuk tidur dan keajaiban berlaku: Malva tertidur dengan serta merta. Ia mudah untuk membuat kesimpulan bahawa ini adalah kerana dia melakukan meditasi tersebut. Keesokan harinya Eva bertanya bagaimana dia berjaya tidur malam tadi.

“Ia berjalan lancar,” katanya.

“Bagaimana?” Saya bertanya.

“Oh, saya tahu kenapa,” katanya dan ketawa tanpa mengulas lanjut.

Sejak saat itu mereka memutuskan untuk mengadakan meditasi malam pendek bersama-sama sebelum tidur. Hanya 10 minit. Mereka melakukan meditasi seperti yang dilakukan di Falun Dafa, dengan pergerakan tangan dan muzik lembut dan damai. Selepas itu Malva berasa tenang.

Kini, mereka telah melakukannya selama lima bulan dan semenjak itu jarang sekali Malva mengalami masalah tidur.

Juga, Malva telah berada dalam suasana yang lebih baik di pagi hari sejak mangamalkan meditasi secara berkala. Sebelum ini, dia mudah marah pada waktu pagi-mungkin kerana kurang tidur. Perubahan ini tentunya baik untuk seluruh keluarga, terutama sekali pada waktu siang yang boleh menjadi stress.

“Saya sangat gembira kerana kami dapat menjumpai cara yang sangat membantu Malva untuk tidur dengan mudah dan aman.”

Dia berkata bahawa sebelum tidur dia sering banyak berfikir sesuatu dalam fikirannya yang akan membuatnya terjaga, dan dia juga akan risau tentang tidak mampu bangun pada waktu pagi. Tetapi semasa meditasi, pemikiran dan kebimbangan ini hilang.

Satu lagi perkembangan yang baik ialah sejak kebelakangan ini adik lelaki Malva yang berusia 8 tahun telah mula bermeditasi dengan mereka.

Dengan cara ini, seluruh keluarga mereka akan mendapat manfaat daripada Falun Dafa. Eva berasa sangat bersyukur.

Eva Sagerfors dan keluarganya tinggal di Sweden.

Nota:

Falun Dafa adalah amalan penanaman minda dan tubuh badan yang mengajarkan kebenaran, belas kasihan, dan toleransi sebagai cara untuk memperbaiki kesihatan, moral dan mencapai kebijaksanaan rohani.

Untuk maklumat lanjut mengenai amalan ini, layari www.falundafa.org. Semua buku, muzik senaman, sumber dan arahan disediakan secara percuma.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds