Selama ini, kita seringkali mendengar orang berkata bahawa anjing adalah binatang yang paling setia. Dan lazimnya, kucing mempunyai sifat yang berlawanan. Mereka kebiasaannya menyendiri dan kelihatan menyombong, namun, tetap juga ada kucing yang begitu manja dengan pemiliknya. Di sini, mari kita lihat kisah seekor kucing yang mempunyai sifat setia yang begitu besar buat tuannya. Ternyata, semua telahan oleh kita selama ini tidaklah semuanya benar belaka.

Pada 15 Jun yang lalu, seorang lelaki dari China telah meninggal dunia ketika rumahnya musnah akibat letupan gas. Lelaki berusia 27 tahun itu telah melompat dari bangunan itu selepas pangsapuri tingkat ketujuh di Kampung Changgang, Nanning meletup, yang dalam masa yang sama turut mencederakan 16 orang penghuni bangunan itu.

Pihak berkuasa masih lagi menyiasat punca kematian lelaki itu, dan rumahnya masih dibiarkan kosong, terbiar begitu sahaja.

Walau bagaimanapun, empat hari selepas kemalangan itu, kucing peliharaan lelaki itu dilihat duduk di balkoni pangsapuri berkenaan, mungkin sedang menunggu pemiliknya kembali ke rumah. Kucing itu dilaporkan dalam keadaan yang sangat teruk akibat letupan berkenaan tetapi ia masih enggan meninggalkan kawasan itu.

Kredit: Nextshark

Ramai penduduk berdekatan menangkap beberapa gambar kucing yang tak berdaya itu menatap rumahnya yang kosong dan memuat naiknya ke media sosial Cina yang kemudiannya dikongsi secara meluas oleh netizen.

Kredit: Nextshark

Kredit: Nextshark

Oleh kerana terkesan dengan adegan yang menyayat hati ini, beberapa orang sukarelawan dilaporkan telah membawa kucing itu ke rumah perlindungan haiwan tempatan iaitu Nanning Stray Cats untuk dirawat. Mereka menamakan semula kucing itu dengan nama “Enong” dan menyiarkan di media sosial bahawa kucing itu mempunyai kesan luka pada hidungnya dan empat anggota badan, lapor MailOnline.

Kredit: Nextshark

Kredit: Nextshark

Doktor haiwan juga berkata bahawa Enong telah mengalami dehidrasi teruk dan jangkitan paru-paru akibat menghirup asap terlalu banyak semasa kemalangan. Rumah perlindungan sementara Enong berharap agar ia dapat menemui rumah baharu selepas keadaannya bertambah pulih.

Kredit: Nextshark

Kasihan sungguh kucing ini, pastinya ia merindui pemiliknya yang tidak akan pulang bertemunya lagi… Semoga Enong akan bertemu pemilik yang sama baik dengan pemilik lamanya dan diharapkan agar ia dapat sembuh dengan segera.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds