Jika ditanya tentang apa yang sering dibincangkan di seluruh dunia pada ketika ini, pastinya jawapannya hanya satu- Piala Dunia 2018 di Rusia!

Dan, rakyat Malaysia benar-benar telah membuat perkara yang luar biasa di mata dunia dengan cara yang paling membanggakan sekali! Pertama, kemunculan Jalur Gemilang, kemudian, bendera PKR, dan sekarang rakyat Malaysia dengan bangga telah membawa Baju Melayu ke Piala Dunia!

Kredit: New Straits Times

Kita, rakyat Malaysia perlu berterima kasih kepada Putra Tahsrinudin Tajudin, 32, yang dilahirkan di Perak, yang memutuskan untuk memakai sepersalinan tradisi Melayu di salah satu perlawanan Piala Dunia pada tahun ini. Dia malahan turut lengkap memakai sampin!

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan, bak kata orang tua-tua!

Kredit: New Straits Times

Putra menyatakan hasratnya yang mahu menunjukkan pakaian itu kepada dunia dan berpendapat bahawa tempat terbaik untuk melakukannya adalah di perlawanan Piala Dunia di Rusia. Nah, ianya tidak salah kerana semua orang tahu ini adalah permainan terbesar di planet ini!

Selain dari Jalur Gemilang dan bendera Perak, beliau juga membeli topi bebulu Rusia untuk menggantikan songkok yang lazimnya dipakai dengan Baju Melayu.

Kreatif! Gabungan budaya yang segar dan terkini!

Kredit: The Star Online

Menurut wawancara dengan The Star “Ramai warga asing yang datang untuk mengatakan hai dan bertanya tentang kostum yang saya pakai,” lapor lelaki 32 tahun itu.

Disamping itu, dia juga tidak dapat lari daripada ditemuramah oleh beberapa pemberita mengenai pakaiannya. “Saya sangat gementar tetapi gembira pada masa yang sama dan saya dapat menjelaskan kepada mereka tentang apa yang saya pakai,” katanya.

Kredit: New Straits Times

Putra turut memberitahu semasa pertandingan Portugal menentang Maghribi, seorang krew televisyen Rusia telah menemuinya dan bertanya tentang pakaian dan pengalamannya di sana. Putra akan meninggalkan Rusia pada 24 Jun, tetapi sepanjang masa dia berada di sana, dia semestinya telah membanggakan semua rakyat Malaysia!

Setidak-tidaknya, kini lebih ramai penduduk dunia yang tahu mengenai persalinan tradisional kita yang sangat dibanggakan. Tahniah, Putra! Kami bangga!

Era Baru

Share
Kategori: INSPIRASI NASIONAL Ria

Video Popular

Ad will display in 09 seconds