Malaysia digemparkan dengan berita seorang pemandu Grab yang hilang dan ditemui mati di dalam kereta sendiri di sebuah tempat letak kereta di Taman Selayang Makmur, Selayang, pada 23 Jun.

Mangsa, 27, ditemui pada jam 8.20 malam di tempat duduk penumpang belakang dalam kereta Perodua Myvi miliknya dengan keadaan kepalanya di lantai dan kakinya tegak ke atas.

Kredit: The Viral Stories/Facebook

Kes bermula apabila bapa tiri mangsa membuat laporan polis bagi memeriksa kenderaannya. Seterusnya, ramai netizen mula berkongsi mesej melalui Facebook dan Whatsapp dengan harapan dapat mencarinya.

Disamping itu, dilaporkan bahawa salah seorang pemandu telah menghubungi ‘pusat panggilan bantuan’ untuk mendapatkan butiran lanjut mengenai perjalanan terakhir mangsa dan mendapati mangsa berada di Selayang Baru sekitar jam 9.34 malam sebelum direkodkan hilang.

Kredit: The Viral Stories/Facebook

“Apabila mereka tiba di tempat kejadian, mereka mendapati mangsa berada di kerusi belakang, dalam keadaan terbalik. Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan dari Hospital Selayang yang tiba tidak lama kemudian,” kata Timbalan Penguasa Polis Daerah Gombak, Tey Kong Seng, yang dilaporkan oleh NST.

Siasatan awal mendapati tiada kecederaan pada tubuh mangsa. Walau bagaimanapun terdapat kesan pergelutan di lehernya.

Siasatan lanjut mendapati bahawa tiada kamera litar tertutup di kawasan itu dan tidak ada saksi yang berkemungkinan di sekelilingnya. Polis juga menemui dua buah telefon bimbit tetapi tidak berjaya mencari sebarang senjata atau alat yang mencurigakan.

Kredit: New Straits Times

“Kes itu sedang disiasat dengan bantuan Unit Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor,” katanya.

Berikutan kes ini, ramai netizen yang memberi tindak balas dan mempamerkan rasa simpati terhadap keluarga mangsa. Disamping itu, terdapat juga antara mereka yang mencadangkan agar Grab mengambil langkah-langkah proaktif supaya insiden serupa tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang.

Sehubungan dengan itu, Grab Malaysia telah tampil dengan kenyataan rasmi di Facebook, menjelaskan bahawa mereka akan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa kerana keselamatan pemandu mereka sangat penting kepada mereka dan perkara ini tidak akan dianggap ringan, walaupun ramai yang bersetuju bahawa ia akan menjadi sangat sukar untuk mengawal setiap penumpang yang menggunakan aplikasinya.

Kredit: Grab Malaysia/Facebook

Semoga siasatan berkenaan kes ini akan berjalan dengan lancar dan kami berharap agar kes sebegini tidak akan berlaku lagi di masa yang akan datang.

Era Baru

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds