Kanak-kanak memang suka bermain dengan haiwan lebih-lebih lagi mereka yang sememangnya dibesarkan dengan haiwan peliharaan di rumah. Mereka bukan sahaja membesar bersama malah turut berkongsi semuanya bersama. Semua perkara juga mahu dilakukan bersama, main bersama, makan bersama dan kalau boleh tidur pun bersama. Melihat keakraban mereka adalah sesuatu yang sangat manis!

videoPlayerId=96233cf41

Ad will display in 09 seconds

Kanak-kanak perempuan dalam video ini nampaknya sangat sayang akan arnab-arnabnya. Dia malah sanggup berkongsi epal yang dimakannya bersama arnab kesayangannya. Mereka berdua makan bersama dalam keadaan baik sebelum ada sesuatu yang berlaku selepas itu.

Entah kenapa arnab itu kemudian terus mengambil epal itu daripada tangan tuan kecilnya. Mungkin kerana dia terlalu lapar dan epal itu sangat menyelerakan membuatkannya terus merampas epal tersebut.

Lihat sahaja reaksi kanak-kanak itu apabila epalnya dicuri begitu, kasihan tetapi dia tetap nampak comel!

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds