Budak-budak memang banyak ragamnya. Ada sahaja perkara lucu yang dilakukan mereka. Dengan sifat mereka yang berterus terang dan begitu polos sering membuatkan mereka di sekeliling terhibur dengan gelagat dan kerenah mereka. Mereka juga adakalanya boleh berfikir jauh, lebih jauh daripada orang dewasa jadi, tidak hairanlah jika mereka boleh muncul dengan idea-idea pelik dan tidak masuk akal.

videoPlayerId=116091e93

Ad will display in 09 seconds

Lihat sahaja kanak-kanak perempuan dalam video ini. Dia dengan selambanya telah mengenakan jaket tebal yang besar milik ibunya. Dengan tubuhnya yang kecil memang muat-muat untuk memakai jaket tersebut.

Jika dilihat dari belakang pasti tidak perasan ada budak kecil yang menggunakan jaket tersebut.

Sekali pandang macam menyeramkan pun ada. Inilah yang berlaku apabila anda membiarkan mereka memilih pakaian sendiri, asalkan boleh sahaja!

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds