Sejak kita lahir lagi, kita diajar untuk mengamalkan nilai-nilai murni seperti bersopan-santun dan saling menghormati. Namun begitu, tiada siapa menyangka sikap ‘terlebih sopan’ ini boleh mendatangkan masalah besar dan mengundang gelak tawa ramai orang!

Di Korea Selatan, seorang kanak-kanak perempuan yang comel dirakam sedang berdiri di hadapan robot manusia sambil membongkokkan badannya berulang kali.

Anda tahu di Korea dan Jepun, mereka mengamalkan amalan tunduk-menunduk berbanding salam bersalaman sebagai tanda hormat. Jadi, apabila anda melihat kanak-kanak ini memberi tunduk hormat kepada patung robot dengan wajah yang serius, anda pasti akan ketawa tanpa henti.

Masalahnya, kanak-kanak itu seolah-olah fikir itu adalah manusia sebenar dan setiap kali robot itu menunduk bagi menyambut tetamu yang lalu-lalang di sekitar kawasan berkenaan, kanak-kanak ini akan membalas tindakannya tanpa henti!

Dek kerana ekspresi wajahnya yang begitu serius, orang ramai yang lalu-lalang di hadapan kedai berkenaan turut tidak dapat menahan ketawa melihat keletah si comel ini.

Tonton video di bawah dan anda pasti akan turut tergelak melihatnya.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN INSPIRASI VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds