Satu pasukan di Jepun membuat kaji selidik untuk melihat perbezaan reaksi masyarakat apabila seorang wanita menyamar menjadi ‘serabai dan cantik’ untuk cuba pinjam wang daripada orang-orang di jalanan. Mereka ingin melihat adakah benar masyarakat akan memberi reaksi yang baik kepada wanita yang cantik sahaja. Seperti yang dijangkakan, hasilnya sangat menyedihkan.

Percubaan pertama, wanita dengan wajah tanpa solekan dan rambut yang serabai cuba meminjam wang daripada orang yang ditemuinya di jalanan. Namun, setiap orang yang ditemuinya menolak untuk meminjamkannya wang dengan alasan tidak membawa wang dan terdapat segelintir yang bertindak menghindari daripada wanita tersebut dan berpura-pura tidak melihat.

Selepas itu, wanita yang sama disolek dan didandan sehingga menjadi seorang wanita yang cantik. Dia kembali untuk melihat bagaimana reaksi masyarakat melayan wanita cantik.

Hasilnya sungguh luar biasa! Seorang lelaki tersenyum bahagia meminjamkan wangnya kepada wanita cantik tersebut. Reaksi yang sungguh berbeza!

Bukan seorang sahaja, lelaki lain memberikan wang sebanyak 3,000 yen atau sekitar RM110. Dengan cepat tanpa banyak pertanyaan, wanita itu terus dapat meminjam duit, bahkan ada juga yang turut memberi nombor telefon kepadanya.

Jumlah kutipan, wanita serabai tanpa solekan mendapat 2,000 yen (RM73), sedangkan wanita cantik berjaya mendapat 15,800 yen (RM580).

Ternyata, hasil kaji selidik menunjukkan bahawa masyarakat moden sekarang ini hanya melihat penampilan fizikal.

Tonton video kaji selidik ini di bawah:

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds