Kemalangan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, di mana sahaja dan pada bila-bila masa.

videoPlayerId=a7f258d02

Ad will display in 09 seconds

Tiada yang boleh menjangka apa yang akan berlaku sebentar lagi. Jadi, tidak hairanlah ramai yang selalu mengambil langkah berjaga-jaga sebelum melakukan sesuatu. Namun, adakalanya walaupun kita telah mengambil sejuta langkah berhati-hati tetapi masih sahaja berlaku sesuatu yang tidak diinginkan kepada kita. Ada sahaja perkara buruk menimpa kita tanpa boleh kita menjangkanya.

Itulah yang berlaku kepada seekor lembu apabila dia didapati terjatuh di dalam sebuah tangki septik di Romania. Memandangkan tangkis tersebut agak dalam telah membuatkannya begitu sukar untuk keluar dari situ dengan sendiri.

Jadi, untuk menyelamatkannya, sekumpulan anggota bomba dibantu oleh penduduk tempatan telah melakukan kerja-kerja menyelamatkan lembu tersebut. Dengan tubuhnya yang besar telah menyukarkan lagi kerja-kerja menyelamat tetapi mereka langsung tidak berputus asa untuk terus menyelamatkan lembu tersebut.

Dengan menggunakan pelbagai alat dan sebuah kenderaan lembut tersebut akhirnya berjaya dikeluarkan. Tiada yang lebih penting melainkan kerjasama yang diberikan. Pasti lembu itu sangat berterima kasih kepada mereka kerana telah menyelamatkannya.

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds