Pada 17 Jun 2018 di Washington, seorang anak lelaki memberikan kejutan hari lahir ibunya di pejabat dia bekerja setelah beberapa tahun tidak berjumpa akibat bertugas sebagai askar.
Dia telah merancang untuk kembali ke halaman rumahnya setelah sekian lama tidak kembali ke tanah air. Memilih untuk kembali pada hari jadi ibunya sememangnya detik yang paling tidak boleh dilupai kerana itu adalah hadiah yang paling istimewa bagi seorang ibu melihat anaknya kembali berada di pangkuan.
Seorang anak lelaki yang baik dan sopan, ibu mereka mesti sangat merindui anaknya ketika berada dirumah. Lelaki ini secara khusus meletakkan dirinya sendiri sebagai “hadiah ulang tahun” saat ia kembali ke halaman rumahnya.
Dia membawa sejambak bunga ros berjalan dengan tenang ke pejabat ibu, rakan sekerja ibunya menolong untuk memberikan kejutan pada hari yang bermakna itu.
Apabila ibu melihat anaknya secara tiba-tiba memasuki ruang pejabatnya, dia memberikan reaksi rasa tidak percaya apa yang dilihatnya sendiri. Ibunya tergaman sejenak mengingatkan dirinya “adakah perkara ini benar-benar terjadi?”.
Dengan perasaan terharu bercampur gembira, dia berdiri dan memeluk anaknya. Membuatkan detik itu adalah yang paling bermakna buat dirinya.
Era Baru
Maybe you're interested :
- Lihatlah bagaimana anak anjing ini begitu rajin dan bijak membantu tuannya berkebun
- 7 kaedah berkesan untuk menghilangkan tegangan dan sakit leher
- Sempena ulang tahun ke-19 anti-penganiayaan : Pelatih Falun Gong Malaysia berhimpun di hadapan Kedutaan China, menyeru penindasan dan penganiayaan dihentikan