Jika biskut, kerepek dan keropok di rumah sudah kehabisan untuk dijamu kepada tetamu yang belum lagi bertandang ke rumah anda pada musim Hari Raya yang diraikan selama sebulan ini, apa kata anda mencuba resipi ‘Mac & Cheese Crispy’ ciptaan Wann Rohani.

Bahan-bahan bagi menyediakan resipi ini amat mudah iaitu:

Kredit : Wann Rohani / Facebook

1. Makaroni atau pilihan pasta lain seperti jenis Penne, spiral atau reben.

2. Serbuk keju yang boleh didapati di kedai membuat kek dan biskut.

Cara-cara menyediakan ‘Mac & Cheese Crispy’ :

1. Rendam makaroni dengan air selama 45 minit. Jangan direbus, hanya direndam. Rendam makaroni sehingga ia kembang selama 45 minit. Sekiranya makaroni jenis yang tebal, pastikan anda merendamnya lebih lama untuk memastikan kerangupannya apabila digoreng.

Kredit : Wann Rohani / Facebook

Dan rupa makaroni yang sudah kembang selepas direndam adalah seperti ini…

Kredit :  Wann Rohani / Facebook

2. Sediakan kuali dan tuangkan minyak untuk menggoreng. Panaskan kuali dan ambil makaroni yang sudah kembang tadi untuk digoreng.

Kredit :  Wann Rohani / Facebook

3. Ketika menggoreng, pastikan makaroni dikacau dan tidak melekat. Leraikan ia satu persatu seperti menggoreng keropok.

Kredit :Wann Rohani / Facebook

4. Sesudah warna keperangan, toskan minyak dan angkat.

Kredit :  Wann Rohani / Facebook

5. Biarkan seketika dan kemudian masukkan makaroni yang telah digoreng tersebut ke dalam bekas yang boleh ditutup. Masukkan serbuk keju mengikut citarasa anda. Lebih banyak serbuk keju, lebih sedap!

Kredit :  Wann Rohani / Facebook

6. Langkah terakhir, tutup bekas dengan penutup dan goncang untuk meratakan serta membuat makaroni yang telah dimasak dan serbuk keju menjadi sebati. Goncang dan goncang sehingga sebati.

Kredit :  Wann Rohani / Facebook

7. Dan inilah hasilnya ‘Mac & Cheese Crispy’… Mudah bukan?

Kredit : Wann Rohani / Facebook

Selamat mencuba!

Sumber : SAYS/ Facebook /Wann Rohani

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Resipi

Video Popular

Ad will display in 09 seconds