Menurut statistik, hirsutism ataupun lebih dikenali sebagai pertumbuhan bulu secara berlebihan di kawasan yang tidak lazim mempengaruhi sebanyak 5-10% daripada wanita dalam semua peringkat umur. Mungkin ada antara mereka yang mengalami situasi ini akan menggunakan pisau pencukur ataupun ‘tweezer’ pada wajah untuk mendapatkan wajah licin bak sutera. Namun ada juga yang sanggup melalui proses menanggalkan bulu yang menyakitkan!

Jika anda tidak tahan akan kesakitan, anda bolehlah mencuba cara-cara di bawah:

#1. Kacang hijau + air mawar

Kredit: © Depositphotos.com   © Depositphotos.com

Campurkan 2 sudu makan tepung kacang hijau dengan 1-2 sudu air mawar. Kemudian masukkan  sudu air perahan lemon dan kacau sehingga sebati. Gunakan campuran berkenaan pada kawasan yang diingini. Biarkan ia selama 20-25 minit sehingga betul-betul kering. Gosokkan ia sehingga hilang menggunakan jari. Gunakan 3-4 kali dalam seminggu. Tepung kacang hijau merupakan agen pengelupasan yang baik ditambah dengan air

#2. Bawang + basil

Kredit: © Depositphotos.com   © Depositphotos.com

Dapatkan bahagian paling nipis dan lutsinar (membran) di dalam 2 ulas bawang kemudian hancurkan membran berkenaan bersama dengan 10-12 helai daun basil bagi menghasilkan pes. Sapukan pada kawasan yang diinginkan dan biar selama 20-25 minit. Basuh dengan air suam. Ulang sebanyak 3-4 kali seminggu selama 1-2 bulan. Ekstrak daun basil menghasilkan kesan berbalik dan membantu anda menghilangkan bulu yang tidak diingin di wajah.

#3. Minyak lavender + minyak tea tree

Kredit: © Depositphotos.com   © Depositphotos.com

Campurkan 1 sudu makan minyak lavender dengan 4-6 titis minyak tea tree di dalam mangkuk, kemudian sapukan campuran minyak tersebut menggunakan bebola kapas. Ulangi 2-3 kali sehari selama 3 bulan. Campuran tersebut merupakan agen anti-androgenik yang mampu menghapuskan pertumbuhan bulu.

#4. Madu + gula

Kredit: © Depositphotos.com   © Depositphotos.com

Campurkan dua sudu makan gula ke dalam mangkuk, 1 sudu makan madu kemudian 1 sudu makan air. Panaskan campuran berkenaan di dalam ketuhar gelombang mikro selama 30 saat sehingga gula betul-betul larut. Sapukan pada bahagian yang diingini. Selepas itu, letakkan jalur kain di atas bahagian yang telah disapu, biarkan sebentar kemudian tarik daripada arah yang berlawanan dengan arah bulu tumbuh.

#5.  Oat + pisang

Kredit: © Depositphotos.com   © Depositphotos.com

Campurkan sebiji pisang yang telah dihancurkan bersama dengan 2 sudu oat yang telah dikisar. Sapukan pes tersebut pada bahagian diingini, kemudian gosokkan. Biarkan ia selama 15-20 minit dan basuh dengan air sejuk. Ulang sebanyak 1-2 kali seminggu.

#6. Gelatin + susu

Kredit: © Depositphotos.com   © Depositphotos.com

Campurkan sesudu makan tepung gelatin tanpa perasa dengan 3 sudu makan susu dan titikkan sedikit perahan lemon. Panaskan campuran tersebut di dalam ketuhar gelombang mikro selama 15-20 saat. Sejukkan dahulu beberapa saat dan sapukan pada wajah. Biar selama 5 minit dan tarik secara perlahan-lahan menggunakan jari. Selain membantu menghalang pertumbuhan bulu, ia juga mampu menghilangkan blackhead dan sel kulit mati.

#7. Telur + tepung jagung

Kredit: © Depositphotos.com   © Depositphotos.com

Ambil bahagian putih telur, kemudian campurkan 1 sudu makan gula dan ½ sudu makan tepung jagung. Kacau sehingga menjadi pes. Sapu pada wajah dan biarkan selama 20-25 minit. Setelah ia mengeras, tarik perlahan-lahan. Ulangi 2-3 kali seminggu. Putih telur berfungsi seperti gam dengan menarik bulu pada wajah secara berkesan.

#8. Ubi kentang + kacang dal

Kredit: © Depositphotos.com   © Depositphotos.com

Hancurkan 1 cawan kacang dal yang telah direndam semalaman. Begitu juga dengan ubi kentang (dapatkan airnya setelah dikisar). Campur pes kacang dal dengan air berkenaan kemudian tambah 1 sudu makan air perahan lemon dan madu. Sapu dan biarkan campuran tersebut selama 20-30 minit. Setelah betul-betul kering, pes tersebut akan jatuh bersama-sama dengan bulu.

#9. Betik + kunyit

Kredit: © Depositphotos.com   © Depositphotos.com

Potong betik dan hancurkannya menjadi pes kemudian campurkan dengan ½ sudu teh serbuk kunyit. Sapu pada bahagian muka yang terdapat bulu, urut selama 15-20 minit sebelum membasuhnya dengan air suam. Enzim betik dapat melonggarkan kutikel rambut manusia dan membuatnya mudah gugur.

Apa yang penting adalah anda perlu lakukannya secara konsisten selain bersabar untuk mendapatkan keputusan yang diingini. Sebelum memulakan, pastikan anda mandi stim supaya liang pori kulit anda terbuka terlebih dahulu. Bagi menstabilkan hormon serta mengurangkan kadar pertumbuhan bulu, amalkan diet yang sihat dan jangan lupa untuk lakukan senaman!

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds