Bekerja bersama hidupan haiwan seperti di zoo atau di dalam akuarium besar kadangkala boleh menyebabkan tekanan yang tinggi. Perlu berhadapan dengan risiko bahaya dikelilingi haiwan pemangsa, perlu memelihara kebajikan haiwan-haiwan, melakukan kerja yang rumit seperti mencuci tangki akuarium dan sebagainya.

Tetapi, beruntungnya lelaki ini apabila dia dapat membentuk jalinan persahabatan baharu bersama seekor jerung zebra ketika sedang melakukan kerja-kerja membersihkan akuarium!

Ya, anda tidak salah baca! Memang benar, lelaki ini berpeluang untuk memeluk dan menggosok perut seekor ikan jerung dan perkara ini membuatkan ramai yang terkejut semasa melihat detik menakjubkan ini…

Tiada siapa yang menyangka jerung zebra itu mampu bertukar menjadi sangat manja seolah-olah ia seekor anjing atau kucing!

Walaupun ramai yang gemuruh melihat betapa dekatnya si jerung itu dengan manusia, pasti ada segelintir yang cemburu menyaksikan kemesraan yang dipamerkan oleh haiwan pemangsa ini.

Rakaman video tersebut menjadi tular di media sosial dan membuatkan netizen mengagumi interaksi kasih sayang antara kedua-dua jerung dan penyelam tersebut.

Sungguh menakjubkan!

Sumber: Happiest

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds