Sejak kecil lagi kita dididik dengan nilai-nilai murni dan sifat terpuji supaya kelak apabila kita besar dewasa kita boleh menjadi golongan yang beradab dan memiliki hati yang baik.

videoPlayerId=e72bec6a2

Ad will display in 09 seconds

Kita diasuh untuk membantu siapa pun yang dalam keksusahan tidak kira sesama kita manusia atau pun haiwan.

Inilah yang dilakukan oleh seorang lelaki apabila dia sanggup mengambil risiko semata-mata hanya untuk menyelamatkan seekor kucing yang hampir terjatuh dari tingkat empat sebuah bangunan. Dia tanpa berfikir panjang terus melakukan kerja-kerja menyelamat walaupun dia terpaksa memanjat tangga yang tinggi. Hakikatnya dia sendiri boleh berhadapan dengan bahaya dengan memanjat setinggi itu tetapi dia tetap dengan pendiriannya untuk menyelamatkan kucing tersebut.

Akhirnya dia berjaya menyelamatkan kucing tersebut. Mujur dia pantas bergerak kerana jika dibiarkan lebih lama kucing itu mungkin sudah tidak dapat bertahan memgang besi tersebut dan akan jatuh ke tanah. Bayangkan jika kucing itu jatuh dari ketinggian setinggi itu pasti akan membuatkannya cedera atau lebih teruk kakinya mungkin akan patah.

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds