Kanak-kanak memang mudah terpengaruh dengan apa yang mereka lihat. Bukan itu sahaja mereka juga suka meniru aksi yang mereka tonton di TV khususnya. Kalau kanak-kanak lelaki mereka mudah terpengaruh dengan aksi kartun yang berlawan dengan musuh seperti aksi tembak menembak.

videoPlayerId=5c47f3406

Ad will display in 09 seconds

Jika kanak-kanak perempuan pula lebih terpengaruh dengan model-model cantik. Mereka mula mahukan baju yang cantik-cantik, kasut tinggi, beg tangan atau mungkin mereka mahu meniru gaya rambut artis dan model kegemaran mereka seperti yang dilihat di TV. Semudah itu sahaja mereka boleh terikut-ikut.

Mungkin kerana mahu meniru gaya rambut selebriti kesukaan mereka jadi kanak-kanak dalam video ini nampaknya tidak mahu melepaskan peluang untuk membuat gaya rambut seperti yang dilihat mereka. Mereka sanggup memotong rambut mereka sendiri.

Mereka mungkin sebenarnya tidak tahu apa yang mereka lakukan. Melihat hasilnya ramai antara mereka sepertinya menyesal dengan apa yang berlaku. Memang melucukan!

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds