Roti merupakan hidangan wajib dalam kalangan masyarakat India dan juga sesetengah masyarakat lain di dunia. Malah, roti juga boleh dipelbagaikan untuk menjadi hidangan-hidangan kegemaran ramai.

videoPlayerId=3ee0cf792

Ad will display in 10 seconds

Ia boleh digoreng, dipanggang, dicicah bersama kari, digunakan sebagai ‘pencedok’ kuah atau dimakan begitu sahaja. Selagi ianya dihasilkan dengan segar, roti ini pasti mempunyai rasa yang enak dan menyelerakan!

Dalam video di bawah yang berdurasi sekitar empat minit, anda berpeluang untuk menyaksikan beberapa penghasilan roti yang bersaiz besar!

Bukan setakat itu sahaja, ianya besar dan berlapis-lapis menjadikan proses memasak roti ini begitu unik dan luar biasa.

Lihat lelaki di dalam video berkenaan sedang memasak roti gergasinya. Dengan meletakkan roti tersebut di atas kuali leper yang panas berasap, dia menggunakan teknik memusing-musingkan roti berulang kali bagi membolehkan roti masak dengan sekata.

Kemudian, lapisan demi lapisan roti ditarik sebelum dia menyambung semula proses memasak. Sesungguhnya, cara yang sangat unik dan kemahirannya ternyata tidak dapat disangkal lagi.

Tak sangka roti sebesar itu boleh disajikan tanpa sebarang cacat cela. Hebat seperti sedang menebar kain!

Selain itu, roti-roti ini walaupun kelihatan sama, ianya mempunyai nama yang berbeza. Di Pakistan, ia dikenali sebagai Rumali Roti dan Chapati manakala di India pula, ia disebut sebagai Halwa Paratha. Perbezaannya, Rumali Roti dan Chapati dipanggang manakala Halwa Paratha pula digoreng di dalam minyak.

Sementara itu, di Itali pula roti bersaiz besar ini digelar piza. Pakar membuat piza akan menebarkan rotinya dengan membaling ke udara sambil memutarkan doh tersebut. Hasilnya doh akan menjadi besar dan nipis sebelum ianya diletakkan sos dan lapisan keju yang tebal.

Daripada sejenis roti yang sama tetapi dengan penambahan bahan tertentu dan cara masakan yang berlainan, roti-roti ini dikenali sebagai hidangan yang berbeza dan digemari ramai.

Era Baru

Share
Kategori: VIDEO

Video Popular

Ad will display in 10 seconds