Siapa sahaja yang tidak kenal dengan penyanyi Hollywood, Bruno Mars yang sememangnya mempunyai nama yang besar, memiliki jutaan peminat seluruh dunia dan apa yang penting dia memiliki lagu-lagu hit yang terkenal seperti Grenade, Just The Way You Are dan Billionaire.

videoPlayerId=07d63d982

Ad will display in 10 seconds

Tidak kira di mana pun lagu-lagunya dimainkan pasti ia mempunyai peminat yang tersendiri. Tidak hairanlah jika ramai peserta yang menyertai pelbagai pertandingan nyanyian memilih lagu-lagunya untuk dipersembahkan kepada juri.

Tetapi sepertinya bukan hanya kita yang dewasa yang meminati penyanyi itu malah si kecil dalam video ini nampaknya menyukai artis tersebut.

Lihat sahaja telatahnya semasa lagu Uptown Funk dimainkan di dalam kereta, dia nampaknya sangat menyukai lagu itu dengan melakukan beberapa gaya. Dia sepertinya sangat menikmati lagu rancak tersebut. Dia menggerak-gerakkan tangannya dan lihat hingga ke penghujung video, anda pasti terhibur dengan telatah comelnya!

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 10 seconds