Ramai yang memelihara haiwan peliharaan atas beberapa sebab. Ada yang tidak mahu bersendirian, ada yang kasihan dengan haiwan terbiar dan ada juga yang sememangnya pencinta haiwan.

videoPlayerId=577a4148b

Ad will display in 10 seconds

Mereka tidak kisah untuk memelihara haiwan jinak apa pun kerana mereka suka dengan semua haiwan. Bukan itu sahaja, mereka juga sanggup melakukan apa sahaja untuk mengembirakan haiwan kesayangan mereka.

Contohnya seperti apa yang dilakukan oleh David, 38 dan Tarrah, 31 dari Ohio yang memelihara beberapa ekor kambing sebagai haiwan peliharaan mereka. Untuk menggembirakan kambing-kambing mereka, mereka telah memberikan sebiji bola besar supaya mereka dapat bermain dengan gembira.

Apa yang paling comel ialah apabila melihat kambing-kambing itu cuba untuk melompat naik ke atas bola tersebut. Walaupun mereka mencuba berkali-kali tetapi mereka tetap gagal. Biarpun begitu, nampaknya masing-masing tidak mahu mengalah dan berputus asa untuk cuba memanjat bola tersebut sekali lagi!

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 10 seconds