Ramai antara kita yang suka melihat bangunan atau menara pencakar langit yang tinggi dan moden. Sebut sahaja nama Empire State Building, Al Burj atau Burj Khalifa atau mungkin KLCC pasti ramai yang mula terbayang-bayang akan kehebatan, ketinggian dan kemodenan yang ada pada mercu-mercu tanda tersebut.

videoPlayerId=d253a48f2

Ad will display in 09 seconds

Penduduk New York pastinya bangga dengan bangunan penuh bersejarah, Empire State Building yang merupakan antara mercu tanda paling hebat  di bandar New York yang dibina sejak tahun 1930 lagi. Setiap satu daripada binaan-binaan ini pastinya menjalani proses pembinaan yang sangat rumit dan sukar.

Anda pernah terfikir bagaimana bangunan setinggi ini dibina? Saksikan sendiri dalam video ini bagaimana para pekerja binaan membina sebuah menara di West Yorkshire, England ini. Dalam video itu, dapat dilihat pekerja sedang melakukan kerja-kerja membina menara dari ketinggian kira-kira 317 meter yang bersebelahan dengan menara Emley Moor yang berketinggian 330 meter.

Sebuah helikopter Super Puma digunakan sebagai kren untuk membawa bahagian-bahagian menara kepada pekerja-pekerja yang telah dipasang sokongan keselamatan. Sambil memegang tali besi mereka mencapai kepingan yang ‘dihulurkan’ oleh helikopter tersebut. Anda rasa anda berani untuk bekerja seperti mereka?

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds