Musim sejuk memang menyeronokkan. Selain tidak perlu meredah jalan yang sesak dengan orang ramai di bawah terik matahari kita juga boleh menikmati kedinginan dan kenyamanan salji yang turun dengan lebat.

videoPlayerId=e32615afc

Ad will display in 10 seconds

Bagi yang memang suka akan cuaca dingin pastinya tidak akan melepaskan setiap saat untuk menikmati suasana damai yang ada.

Salji bukan sahaja menyejukkan tetapi apa yang lebih menyeronokkan kita sendiri dapat bermain dengannya. Namun, perlu diingatkan bahawa salji juga sangat licin jadi langkah-langkah keselamatan perlu diambil supaya kita tidak jatuh tergelincir.

Walaupun salji boleh mendatangkan kegembiraan dalam masa yang sama ia juga boleh mendatangkan masalah terutama kepada pengguna jalan. Kenderaan mereka pastinya tidak dapat bergerak akibat salji tebal yang meliputi jalan. Jadi, jalan harus dibersihkan terlebih dahulu.

Kerja-kerja membersihkan salji di jalan pula merupakan kerja yang agak melecehkan tetapi budak lelaki dari  Sun Prairie, Wisconsin ini nampaknya telah muncul dengan kaedah yang lebih baik. Dengan menggunakan hoverboard dan sekop sekejap sahaja kerja-kerja pembersihan dapat dilakukan!

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 10 seconds