Nampak gayanya, perdana menteri kita tidak dapat berehat sepenuhnya semenjak menjadi pemimpin nombor satu negara untuk kedua kalinya. Sungguhpun jadualnya agak padat, namun beliau bersetuju untuk membintangi video keselamatan jalan raya. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata bahawa Tun Dr Mahathir terpilih ekoran karismanya. “Saya bertanya kepadanya adakah beliau sudi dan beliau segera menerimanya”, jelas Anthony yang turut membintangi video terbabit.

Kredit: Malaysian Access

Jika anda fikir kenapa tidak mengupah selebriti tanah air sahaja untuk membintangi video tersebut? Jawapannya, mengupah selebriti akan memakan kos yang tinggi sedangkan bajet kementerian berkenaan adalah terhad. Sebelum ini, Jabatan Keselamatan Jalan Raya menerima bajet sebanyak RM50 juta bagi mempromosikan kempen namun sejak tahun 2016, bajet telah dipotong kepada RM1 juta sahaja.

Kredit: The Star

Dengan bajet sebanyak itu, maka pihak kerajaan tidak mempunyai pilihan lain selain melakukannya sendiri bagi menyampaikan mesej keselamatan jalan raya kepada pengguna. Usaha ini dilakukan menerusi kerjasama antara Universiti Lim Kok Wing dan TM Malaysia yang membantu menghasilkan dua buah klip video secara percuma!

Mesti video berkenaan sungguh bermakna, bukan? Bukan senang kita lihat perdana menteri bersama menteri pengangkutan kita berganding bahu membintangi video yang mahu meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap keselamatan. Lihat klip video di bawah:

 

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds