Setiap seorang daripada kita memang berbeza termasuklah waktu bangun pada setiap hari. Ada yang tiada masalah untuk bangun awal pagi tetapi ada juga yang tidak boleh waktu tidur mereka terganggu. Golongan ini lebih aktif pada waktu pagi hingga malam kerana itulah waktu pagi adalah waktu untuk mereka berehat dan tidur.

videoPlayerId=52d8c8555

Ad will display in 09 seconds

Bagi yang memang boleh bangun awal pagi setiap hari pastinya tidak kisah jika terpaksa menghadiri kelas pada 8 pagi atau keluar pagi-pagi lagi untuk mengharungi jem.

Kanak-kanak lelaki dalam video ini nampaknya bukan terdiri daripada mereka yang boleh bangun pagi. Walaupun pada hari itu adalah hari ulang tahun kelahirannya semua itu bukan alasan untuk mengejutnya bangun pada awal pagi. Dia sepertinya masih perlukan tidur dan dengan menyanyikan lagu ‘Happy Birthday’ seawal itu bukanlah satu idea yang baik.

Lihat sahaja reaksinya, jelas dia masih mengantuk dan tidak suka tidurnya diganggu!

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds