Hubungan bapa dan anak perempuan adalah hubungan yang sangat istimewa. Duo ini memang kelihatan comel apabila melakukan aktiviti bersama.

videoPlayerId=d6bfe0949

Ad will display in 09 seconds

Si bapa dengan senang melayan kerenah anak kecil mereka. Ada sahaja yang mahu dilakukan bersama yang boleh mengeratkan lagi hubungan ayah dan anak. Mereka boleh bermain masak-masak bersama, bermain anak patung mahupun bermain apa sahaja permainan anak perempuannya.

Contoh terdekat ialah seperti yang boleh dilihat dalam video ini. Lihat bagaimana seorang bapa dengan begitu bersungguh-sungguh cuba mengikat rambut anak perempuan kecilnya.

Walaupun dia adalah seorang bapa namun nampaknya dia tidak kekok langsung apabila mengikat rambut si kecil. Si kecil pula memberi kerjasama yang baik semasa bapanya cuba mengikat rambutnya.

Si bapa akhirnya berjaya mengikat rambut anak perempuannya dengan kemas sekali. Tetapi, tunggu dulu dan lihat apa yang berlaku selepas itu. Anda pasti akan tergelak besar apabila melihat apa yang berlaku kepada rambut si kecil itu, memang mencuit hati!

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds