Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V perkenan menetapkan bahawa baginda akan menyumbangkan 10% dari gaji dan emolumennya hingga akhir pemerintahannya pada tahun 2021 untuk diberikan kepada Tabung Harapan.

Kredit: Muhd Zaaba Zakeria/New Straits Times

Yang di-Pertuan Agong, di bawah Jadual Pertama dalam Akta Senarai Sivil, menerima RM608,400 dalam bentuk Privy Purse serta RM202,800 dan RM243,360 untuk tujuan hiburan dan elaun kerajaan Istana Negara, lapor The Malaysian Insight.

Dalam satu kenyataan, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Wan Ahmad Dahlan Haji Ab Aziz berkata bahawa Sultan Muhammad berbuat demikian kerana kebimbangan terhadap keadaan ekonomi negara dan ingin turut sama menyertai rakyat dalam mengurangkan hutang negara.

“Baginda amat tersentuh dan menzahirkan ucapan penghargaan serta terima kasih atas usaha rakyat Malaysia yang telah menyumbang kepada Tabung Harapan,” kata Wan Ahmad dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 11 Jun, menurut The Star.

Kredit: The Malaysian Insight

Selain itu, Sultan Muhammad juga bertitah bahawa istana tidak akan menjadi tuan rumah bagi majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di Istana Negara pada tahun ini. Sebaliknya, belanjawan itu akan diperuntukkan bagi golongan yang memerlukan.

“Bersempena dengan Hari Raya, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan untuk menggunakan dana yang diperuntukkan untuk rumah terbuka di Istana bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik,” kata Wan Ahmad dalam kenyataan itu, menurut The Malaysian Insight.

Era Baru

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 10 seconds