Harga hartanah di Malaysia kian menjadi tidak terjangkau dari tahun ke tahun untuk pembeli rumah tulen yang disebabkan oleh kadar inflasi dan faktor serantau yang lain. Bumiputera sering mempunyai persepsi bahawa Tanah Rizab Melayu sukar untuk memberi pulangan yang baik kerana pasarannya terhad kepada kaum bumiputera atau orang Melayu sahaja.

Kredit: CK East

Walau bagaimanapun, dalam pasaran perumahan hari ini, pakar berpendapat bahawa terdapat banyak manfaat apabila membeli hartanah di Tanah Rizab Melayu dan pembeli tidak sepatutnya mengetepikan pilihan penting ini.

Di sini, kami menyenaraikan 5 sebab utama mengapa pembeli Melayu harus memiliki hartanah milik Tanah Rizab Melayu:

1. Harga yang lebih murah dan lebih berpatutan

Kredit: CK East

Kos tanah untuk Tanah Rizab Melayu adalah lebih murah, dan hal ini menyebabkan harga akhir hartanah menjadi sangat kompetitif dan kira-kira 20-30% lebih rendah berbanding hartanah yang serupa di sekitarnya. Untuk pembeli rumah tulen Melayu, anda perlu mempertimbangkan dengan serius belian hartanah Tanah Rizab Melayu kerana ia menawarkan harga yang berpatutan. Harga yang lebih murah juga bermakna pulangan dan nilai yang lebih tinggi untuk pelaburan anda dalam jangka masa panjang.

2. Baik untuk tujuan penginapan sendiri

Kredit: CK East

Harga hartanah Tanah Rizab Melayu lebih murah tetapi tidak bermakna ia mempunyai kualiti yang rendah. Ia mempunyai standard kualiti bangunan, begitu juga dengan reka bentuk yang menarik, kemudahan dan banyak pilihan susun atur praktikal untuk keperluan belian rumah.

Sekiranya anda membeli dari pemaju yang diiktiraf, anda boleh yakin bahawa tidak ada kompromi terhadap kualiti rumah yang bakal diterima, dan oleh sebab itu, harta itu sesuai untuk tujuan penginapan anda sendiri.

3. Kadar sewa adalah berdasarkan kadar pasaran terkini

Kredit: CK East

Pemilik rumah di Tanah Rizab Melayu boleh mendapatkan hasil kutipan sewa yang sama dengan pasaran sewa yang lain dan pulangannya adalah lebih tinggi kerana harga rumah yang lebih murah di kawasan kejiranan yang berkenaan. Oleh itu, ianya bijak bagi pembeli rumah Melayu untuk mempertimbangkan pilihan ini kerana anda boleh menyewakan rumah itu kepada sesiapa sahaja tanpa mengira kaumnya.

4. Kedudukannya di lokasi utama

Kredit: CK East

Terdapat banyak Tanah Rizab Melayu sejak tahun 1980-an. Namun, sehingga kini, tidak ada penurunan nilai untuk tanah-tanah ini sejak bertahun-tahun lamanya kerana banyak tanah yang berada di lokasi utama seperti TTDI. Oleh itu, Tanah Rizab Melayu tidak bermakna ia terletak di kawasan terpencil. Rumah di lokasi utama juga dipercayai dapat menjamin kualiti hidup untuk keluarga anda.

5. Baik untuk dipelihara buat kegunaan generasi akan datang

Kredit: CK East

Semua pembangunan Tanah Rizab Melayu di dalam kawasan lembah klang adalah pegangan bebas, jadi pembeli rumah boleh menyimpan harta tersebut untuk jangka masa panjang dan juga menikmati hasil pelaburan jangka masa panjang. Dengan memelihara harta itu, ia cederung akan memberi manfaat kepada generasi yang akan datang.

Kesimpulannya, pembeli rumah tulen Melayu harus memikirkan dengan serius tentang pilihan belian hartanah di Tanah Rizab Melayu dan jika anda mempunyai soalan lanjut, segeralah membuat janji temu dengan pasukan pemaju untuk memahami lebih lanjut tentang hartanah Tanah Rizab Melayu.

Entri ini adalah kerjasama yang dibawa kepada anda oleh CK East. Sila semak projek hartanah terbaru CK East Rencana Royale di TTDI. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.ckeast.my

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES

Video Popular

Ad will display in 09 seconds