Tugas-tugas mengurus anak pastinya lebih didominasi oleh golongan wanita. Mereka tahu semuanya, apa yang perlu dilakukan, apa yang tidak boleh dilakukan dan bagaimana untuk melakukan semua tugasan tersebut. Alangkah seronoknya dapat melihat golongan lelaki atau bapa melakukan perkara yang sama.

videoPlayerId=07a86c2d6

Ad will display in 09 seconds

Ya, memang ada bapa yang turut membantu isteri mereka mengurus anak tetapi rata-rata melihatnya sebagai tugas yang sukar pada permulaannya. Namun, lama kelamaan apabila mereka sudah biasa semua tugas tersebut dilihat sangat mudah untuk dilakukan.

Itulah yang berlaku kepada seorang bapa, Amps apabila dia terpaksa menukarkan lampin anak kecilnya kerana ketiadaan isterinya, Emily. Mungkin itu pertama kali dia melakukan kerja-kerja itu membuatkan semuanya tidak semudah yang dia fikirkan.

Lihat sahaja apa yang berlaku kepadanya, bagaimana dia terpaksa berhadapan dengan tugas itu ketika ketiadaan isterinya. Sepertinya itu sesuatu yang sukar buatnya. Kini dia sedar bahawa mengurus anak kecil itu bukan kerja yang mudah. Ini baru menukar lampin belum tugas yang lain lagi!

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds