SINGAPURA — Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump tiba di pangkalan udara Paya Lebar pada pukul 8:21 malam waktu tempatan pada 10 Jun. Trump dijadualkan untuk bertemu dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong pada 11 Jun sebelum memulakan sidang kemuncak bersama dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un pada 12 Jun di Hotel Capella, Pulau Sentosa, Singapura, dijangka bermula jam 9 pagi.

Menurut Kementerian Luar Negeri Singapura, Hsien Loong akan mengadakan pertemuan bersama Jong-un hari ini (11 Jun). “Saya berada dalam misi pendamaian, dan saya akan ‘membawa’ bersama harapan jutaan penduduk di dunia”, kata Trump semasa sesi taklimat sebelum meninggalkan G7 di Kanada.

“Kami perlu lakukan sesuatu untuk menghentikan ketegangan nuklear. Korea Utara akan menjadi tempat yang luar biasa dalam tempoh yang sangat singkat. Dan kami menghargai apa yang sedang berlaku. Kami menghargai kerjasama dengan Korea Utara”, jelas Trump.

Kim tiba beberapa jam lebih awal daripada Trump di Lapangan Terbang Changi. Menurut Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Singapura, K Shanmugam, Singapura sememangnya berminat untuk menyumbang kepada proses pendamaian dengan menjadi tuan rumah kepada sidang kemuncak Trump-Jong-un.

Era Baru

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds