Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan 22 barangan yang tertakluk di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2018.

Kredit foto: Bernama

Berikut adalah barangan yang tertakluk di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2018:

  1. Ayam hidup.
  2. Ayam standard.
  3. Ayam super (Tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal).
  4. Telur ayam gred A, B dan C.
  5. Daging lembu tempatan.
  6. Daging lembu import.
  7. Daging kerbau import.
  8. Cili merah.
  9. Tomato.
  10. Kubis bulat import.
  11. Kelapa biji.
  12. Kelapa parut.
  13. Bawang merah.
  14. Bawang kecil india.
  15. Bawang putih China.
  16. Bawang besar import.
  17. Ubi kentang import China.
  18. Ikan kembung (berat antara 7 ekor hingga 10 ekor sekilogram).
  19. Ikan selayang.
  20. Ikan tongkol (dikawal di Pahang, Terengganu dan Kelantan).
  21. Ikan demudok.
  22. Sagai.
  23. Cermin.
  24. Cupak (dikawal di Sabah sahaja).

Skim itu dilaksanakan bermula 8 Jun hingga 22 Jun oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

“Tempoh pelaksanaan adalah selama 15 hari bagi perayaan tersebut dan ia akan berkuat kuasa tujuh hari sebelum perayaan, satu hari pada hari perayaan dan tujuh hari selepas perayaan,” katanya.

Tun Dr Mahathir berkata penentuan harga maksimum telah dibuat di peringkat pengeluaran (bagi ayam dan telur ayam), borong dan runcit dalam rantaian pengedaran mengikut kewajaran dan kesesuaian.

“Penentuan ini dibuat agar penguatkuasaan kawalan harga adalah lebih berkesan dan penawaran harga yang berpatutan untuk barangan perlu bagi manfaat pengguna dan peniaga,” katanya.

Tun Dr Mahathir juga berkata bahawa peniaga diwajibkan menjual barangan harga terkawal tidak melebihi harga maksimum yang telah ditentukan oleh kerajaan dan juga meletakkan tanda harga khas berwarna merah jambu bagi barangan terkawal tersebut untuk membezakan dengan barangan lain.

Mana-mana peniaga yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 dan boleh dikenakan penalti jika sabit kesalahan.

Peniaga yang menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum, individu boleh didenda sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000, manakala syarikat boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000.

Peniaga yang gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu pula boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 atau kompaun sehingga RM5,000 bagi individu, manakala syarikat boleh didenda sehingga RM20,000 atau dikompaun sehingga RM10,000.

Tun Dr Mahathir berkata sebarang aduan boleh disalurkan menerusi talian 1Malaysia One Call Centre (1MOCC) 03-8000 8000, atau talian bebas tol Pusat Informasi dan Gerakan Operasi Strategik (PIGOS) 03-8882 6245 / 6088 atau menerusi  aplikasi telefon pintar Ez ADU dan e-mel ke [email protected]. – Bernama.

Sumber: Siakapkeli

 

Era Baru

Share
Kategori: BISNES Ekonomi NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 10 seconds