Chef selebriti dan personaliti TV terkemuka dunia, Anthony Bourdain dilaporkan meninggal dunia semalam (8 Jun 2018) akibat bunuh diri.

Kredit: Astro Awani

Menurut laporan CNN, Bourdain yang berusia 61 tahun ditemui telah mati di bilik hotelnya yang terletak di Perancis pada Jumaat. Keberadaan beliau di Perancis adalah bagi merakamkan episod terbaharu untuk sebuah program bersama CNN iaitu Parts Unknown.

Kredit: mStar

“Dengan rasa yang amat sedih, kami mengesahkan kematian sahabat dan rakan kerja kami, Anthony Bourdain,” petikan kenyataan daripada CNN.

Rakan rapat kepada mendiang iaitu Eric Ripert yang juga merupakan seorang chef di Perancis memaklumkan bahawa Bourdain ditemui tidak sedarkan diri di dalam bilik hotelnya pada pagi Jumaat.

Kredit: Hamptons

Kematian Bourdain yang juga merupakan penulis dan pengacara di CNN meninggalkan kesan yang mendalam kepada ramai peminat. Rata-ratanya meluahkan kesedihan mereka di media sosial atas berita yang mengejutkan ini.

Malah, bekas Presiden Amerika Syarikat iaitu Barack Obama turut memuat naik gambarnya bersama Bourdain sedang menikmati makanan bersama dan mengongsikan bagaimana chef terkemuka itu mengajar beliau tentang ‘keupayaan makanan dalam menyatukan kita semua’.

“Kerusi plastik rendah, murah tetapi mi yang enak, bir Hanoi sejuk. Inilah bagaimana saya akan mengingati Tony. Beliau mengajar kita tentang makanan – tetapi yang lebih penting, tentang keupayaannya dalam menyatupadukan kita semua. Kami akan merinduinya”.

Teman wanita beliau, Asia Argento yang merupakan seorang pelakon Itali turut menulis di Twitter dan menyatakan bahawa mendiang merupakan seseorang yang bersungguh-sungguh dalam melakukan apa sahaja.

Kredit: justgrubbin

“Kepintaran, semangat kental dan sifat pemurahnya telah menyentuh hati dan memberi inspirasi kepada ramai orang”.

Sementara itu, Khaled Beydoun, seorang pensyarah perundangan yang menetap di Amerika Syarikat turut menceritakan bahawa Bourdain adalah antara individu yang sentiasa mempunyai sikap berperikemanusiaan terhadap masyarakat Muslim.

“Tidak dilupakan bahawa Anthony Bourdain merupakan salah seorang personaliti media termasyhur yang sering menunjukkan rasa prihatin terhadap orang Muslim dan masyarakat Arab tanpa mempolitikkan kisah kehidupan mereka”.

Semoga ahli keluarga beliau dapat menerima pemergian Anthony Bourdain dengan hati yang terbuka.

Sumber: Astro AwaniSAYS

Era Baru

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular

Ad will display in 10 seconds