KUALA LUMPUR – Astro Malaysia Holdings Bhd mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan perletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulannya, Datuk Rohana Rozhan setelah laman berita teknologi Lowyat.net mendedahkan berlakunya kebocoran maklumat peribadi lebih 50,000 pelanggan Astro.

Kredit: Sayang Sabah

Malah, rekod maklumat peribadi pelanggan seperti nama, alamat, nombor MyKad, nombor telefon dan sebagainyai turut didakwa ditawarkan pada harga RM3,000 untuk 10,000 pelanggan.

Bagaimanapun, terdapat beberapa pihak yang memaklumkan bahawa keputusan perletakan jawatan Datuk Rohana tidak mempunyai sebarang perkaitan dengan kes kebocoran maklumat tersebut atau isu ‘pembersihan’ ketua eksekutif syarikat berkaitan kerajaan. Sebaliknya, Datuk Rohana meninggalkan jawatan tersebut demi mengejar matlamat lain.

Kredit: Leading Women

“Tidak, ia tidak ada hubungannya sama sekali dengan perletakan jawatan beramai-ramai Ketua Pegawai Eksekutif. Tiada kaitan dengan kebocoran data juga”.

Perletakan jawatan beliau akan berkuat kuasa pada tanggal 31 Januari 2019. Bagaimanapun, Rohana akan kekal sebagai Pengarah Bukan Eksekutif dalam Lembaga Pengarah.

Kredit: Mumbrella Asia

Jawatan beliau akan disandang oleh Ketua Pegawai Kandungan dan Konsumer Kumpulan Astro (GCCCO), Henry Tan.

“Rohana merupakan pemimpin yang memberi inspirasi kepada semua di Astro, setelah memimpin pasukan dalam menetapkan banyak perkara dan tonggak utama bagi industri media di Malaysia”.

“Kami akur dan menghormati keputusan beliau untuk melepaskan jawatan CEO Kumpulan dan mengucapkan selamat maju jaya,” ujar Tun Zaki Azmi merangkap Pengerusi Astro.

Kredit: BH Online

Sepanjang 20 tahun Rohana bersama Astro, beliau berjaya meningkatkan kedudukan Astro di ASEAN. Di bawah pentadbiran beliau, jumlah pelanggan Astro meningkat daripada dua juta kepada 5.5 juta manakala perolehan pula berkembang daripada RM1.79 bilion kepada RM5.53 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2018.

Sumber: BH OnlineSAYS

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds