Mungkin ramai yang belum tahu tentang kesan memakan makanan mentah. Tidak semua makanan boleh dimakan secara mentah. Ada makanan yang jika dimakan secara mentah dapat membahayakan atau memudaratkan kesihatan anda. Oleh itu, penting untuk kita mengambil tahu makanan apa yang dilarang makan secara mentah.

Rujuk senarai di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut:

#1. Sosej

Kredit: SHUTTERSTOCK

Sosej mungkin ramai yang makan mentah kerana ia sudah direbus setengah masak. Kajian mendedahkan bahawa pembungkusan sosej terdedah kepada kuman atau bakteria Listeria yang hanya akan mati apabila dimasak. Anda juga perlu basuh dahulu sosej sebelum dimasak, jangan terus dimasak.

#2. Ubi kentang

Kredit: SHUTTERSTOCK

Jangan sesekali makan ubi kentang mentah yang belum digoreng direbus atau dimasak. Memakan ubi kentang yang mentah boleh menyebabkan angin terkumpul dalam badan. Gas yang terkumpul dalam badan akan membuat kembung perut dan kerap kentut. Selain itu, kentang juga mengandungi kanji yang sukar untuk dicerna. Lebih membahayakan jika kentang dibiarkan terdedah lama dalam keadaan panas atau lembab, ia akan menghasilkan toksik solanine dan bertukar menjadi warna hijau. Ia boleh mengakibatkan anda mengalami keracunan makanan. Jika anda perasan terdapat tompok hijau di kentang, jangan memakannya.

#3. Tepung

Kredit: SHUTTERSTOCK

Ini mungkin jarang berlaku kerana belum pernah dengar orang makan tepung secara mentah tetapi kita harus juga waspada kerana ia mungkin akan berlaku kepada anak-anak kecil. Menurut kajian daripada beberapa institusi kesihatan Amerika Syarikat, sesiapa yang memakan tepung mentah akan berpotensi mengalami pelbagai masalah kesihatan. Ini kerana tepung dapat membawa patogen seperti E.coli yang hanya hilang apabila dimasak.

#4. Taugeh

 

Jangan ingat taugeh dimakan mentah adalah selamat. Walaupun taugeh memang ternyata kaya dengan vitamin dan berkhasiat, tetapi taugeh ditanam dalam kawasan yang lembab. Bakteria sangat aktif dan mudah membiak di kawasan lembab. Cuci atau basuh taugeh anda dengan bersih sebelum dimasak.

#5. Susu

Kredit: SHUTTERSTOCK

Susu mentah yang terus diminum daripada lembu tanpa ditapis atau pasteur adalah sangat berbahaya. Ia mengandungi bakteria merbahaya seperti E.coli dan Salmonella. Menurut kajian daripada FDA, sesiapa yang minum susu mentah lebih dari 150 kali boleh menghidap penyakit bawaan makanan dan keracunan makanan.

#6. Terung

Kredit: SHUTTERSTOCK

Ramai yang memakan terung secara mentah yang dijadikan sebagai ulam namun tidak tahu tentang bahayanya. Menurut kajian, terung mempunyai toksik Solanine yang boleh menyebabkan angin, kembung perut dan keracunan makanan.

Sumber: Readers Digest

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds