Selepas ayah gadis ini mendaftar dalam tentera, ibunya membuat kejutan kepadanya dengan memberinya hadiah sebuah patung beruang yang berpakaian seperti seorang askar yang kelihatan seperti ayahnya.

videoPlayerId=720b60bbc

Ad will display in 09 seconds

Jelas sekali ketika pertama kali gadis ini melihat pakaian patung beruang itu, dia terus teringatkan ayahnya yang jauh dari rumah pada ketika itu. Namun, bukan itu sahaja, satu kejutan lain turut ‘disimpan’ di dalam patung beruang itu sendiri.

Ketika dia menekan satu butang di bahagian tangan patung beruang mirip ayahnya itu, dia mendengar suara ayahnya! Sayu hati mendengar pesanan yang diberikan oleh ayanya yang mengatakan bahawa dia sangat merindukannya dan menyayanginya, dan dia tidak sabar mahu memeluknya dengan erat apabila pulang ke rumah nanti. Alahai…

Gadis yang sememangnya teruja dari awal apabila menerima hadiahnya itu, menunjukkan reaksi yang sangat lucu kerana ia berasa sangat terkejut kerana ayahnya ‘berada’ di dalam patung beruang itu. Dia kemudiannya memeluk erat patung beruang itu dan mula menitiskan air mata apabila dipeluk oleh ibunya. Cair hati dibuatnya. Pastinya patung beruang ini menjadi hadiah yang paling disayanginya selepas ini.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds