Kanak-kanak lelaki ini mungkin salah satu peminat pasukan bola sepak gergasi, Chelsea yang termuda di dunia. Sementara orang lain sibuk dengan sesuatu yang lain, dia memutuskan untuk menunjukkan bakatnya kepada orang ramai.

videoPlayerId=75648efe0

Ad will display in 09 seconds

Penonton yang terhibur melihat telatah comel kanak-kanak ini pula memberi reaksi positif dengan bersorak seolah-olah menyaksikan perlawanan bola sepak yang sebenar. Yang lucunya, apabila kanak-kanak ini berjaya menjaringkan gol dan mendapat sorakan gemuruh daripada penonton di stadium, dia secara spontannya telah mengangkat kedua-dua belah tangannya mirip lagak pemain bola yang sering melakukannya setelah berjaya membantu pasukan menjaringkan gol. Comel sungguh. Pastinya kanak-kanak ini sudah banyak kali melihat perlawanan bola sepak, jika tidak bagaimana dia tahu cara untuk bermain bola sepak malahan cara untuk meraikan jaringan gol juga!

Kita mungkin tidak akan tahu bahawa satu hari nanti kanak-kanak ini boleh muncul sebagai pemain bola sepak bertaraf dunia. Kami yakin, sama ada anda peminat bola sepak atau tidak, anda pasti akan terhibur melihat video ini.

Tahniah, si kecil! Jangan berhenti mengejar impian kamu, ya!

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds