Aspek kebersihan merupakan sesuatu yang sangat penting, terutamanya apabila ia melibatkan makanan. Sebagai contoh, jika kita ingin memasak lauk, pasti perkara pertama yang akan kita lakukan adalah membasuh daging mentah terlebih dahulu. Mungkin anda rasa, daging mentah yang telah dibersihkan bebas daripada kotoran dan bakteria. Itu apa yang boleh dilihat menerusi mata kasar. Pastikah anda?

Kredit: Don’t Wash Your Chicken! Germ-Vision Animation (Youtube)

Sebenarnya, tindakan kita mencuci daging mentah tidak ‘membersihkan’ ia secara sepenuhnya. Malahan, anda tidak disarankan untuk berbuat demikian oleh Jabatan Agrikultur Amerika Syarikat. Hal ini kerana, bakteria tidak dapat dibuang melalui cucian air yang banyak dan kemudian membilaskannya. Oleh kerana itulah, kita mandi menggunakan sabun, hal yang sama juga jika kita mencuci tangan. Tetapi, tidak mungkin pula jika kita cuci daging mentah menggunaka sabun? Jangan!

Ia bukan sahaja  menggalakan pertumbuhan dan pembiakan bakteria, kerana jika anda mencuci daging ayam misalnya, ‘campylobacter’ akan tersebar! Campylobacter merupakan sejenis bakteria yang sering menjadi punca kepada masalah keracunan makanan di dunia – kes tertinggi dicatakan di United Kingdom.

Antara gejala keracunan makanan termasuklah sakit perut, cirit-birit yang teruk dan muntah-muntah. Jika lebih parah, seseorang itu boleh mengalami masalah pada usus besar dan Sindrom  Guillain-Barre Syndrome (yang menjejaskan saraf). Secara puratanya, setiap dua ekor ayam di pasaraya telah dijangkiti bakteria berkenaan.

Cara untuk mengatasinya adalah :

#1 Jangan basuh daging mentah.

Kredit: Tupperware Brands

Memang pelik, tapi itulah hakikatnya. Hanya sedikit sahaja air mampu menyebarkan campylobacter. Jangan bimbang untuk makan makanan yang tidak dibasuh atau ‘kotor’ kerana suhu yang tinggi ketika memasak akan membunuh bakteria berkenaan.

#2 Tutup daging mentah di dalam peti ais.

Simpan dan tempatkan daging mentah di dalam bekas yang direka khas ketika menyimpannya di dalam peti ais dan jangan lupa labelkan. Pastikan sentiasa ditutup agar dapat mengelakkan ia daripada mencemari makanan lain.

#3 Basuh semua yang bersentuhan dengan daging mentah.

Apa sahaja yang digunakan di dapur untuk memegang daging (tangan, mangkuk, papan pemotong, pisau dan sebagainya) perlu dibersihkan sepenuhnya bagi menyingkirkan campylobacter. Gunakan sabun dan air suam.

#4 Masak sepenuhnya.

Daging ayam khususnya perlu dimasak 100%. Pastikan tiada bahagian yang masih mentah dan berwarna merah jambu. Daging ayam masak sepenuhnya jika mencecah suhu 75°C. Begitulah sedikit sebanyak panduan untuk mengelakkan anda, keluarga dan rakan-rakan daripada dijangkiti bakteria, sekaligus menghalang daripada terkena keracunan makanan.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds