Nafas atau mulut berbau yang tidak menyenangkan seseorang disebut sebagai halitosis dalam istilah perubatan. Nafas atau mulut berbau boleh dialami oleh semua orang terutamanya sejurus bangkit daripada tidur atau selepas makan atau minum minuman yang berbau. Nafas berbau boleh mengakibatkan seseorang merasa malu dan rendah diri. Keadaan ini juga boleh mengganggu hubungan anda semasa berkomunikasi secara dekat dengan orang lain.

Lazimnya nafas atau mulut berbau terjadi akibat daripada tindak balas bakteria dengan makanan yang tertinggal di dalam mulut. Ia biasanya berlaku pada saat bangun tidur kerana pada waktu itu pH air liur lebih berasid, kurang aktiviti mengunyah dan bercakap menyebabkan persekitaran mulut amat sesuai untuk aktiviti pembiakan bakteria.

Jadi, berikut adalah cara untuk membunuh bakteria dalam mulut dan menghindari daripada nafas atau mulut berbau:

#1. Gunakan cecair pencuci mulut semulajadi dan penyegar nafas.

© Depositphotos.com

  • Daun pudina membantu melawan nafas berbau dan menyegarkan mulut anda.
  • Rempah-rempah seperti cengkih, buah pelaga, dan biji adas sangat baik untuk memerangi bau mulut.
  • Serbuk penaik adalah pencuci mulut semulajadi. Hanya larut satu sudu teh serbuk penaik dalam secawan air dan gunakannya untuk membilas mulut anda. Selain itu, anda juga boleh mencelupkan berus gigi basah ke dalam larutan serbuk penaik dan gunakan untuk membersihkan gigi anda.
  • Teh yang dibuat dengan daun fenugreek adalah penyegar mulut antibakteria yang hebat. Mulakan hari anda dengan minum secawan teh.

#2. Minum sekurang-kurangnya 2 liter air setiap hari.

© Depositphotos.com

Menjaga diri anda terhidrasi mempunyai banyak manfaat kesihatan dan menghindari nafas berbau adalah salah satu daripadanya. Air liur menghalang pertumbuhan bakteria dan air diperlukan untuk memastikan kelenjar air liur berfungsi dengan cekap. Minum air sangat penting apabila menghalang pertumbuhan bakteria dan nafas berbau yang disebabkan oleh kelembapan dan air liur yang tidak mencukupi di dalam mulut. Elakkan jus manis pada waktu malam kerana mereka dapat membantu pembentukan bakteria pada waktu malam.

#3. Jaga pemakanan anda!

© Depositphotos.com   © Depositphotos.com

Sesetengah makanan diketahui menyebabkan nafas berbau jadi sebaiknya mengelakkannya jika anda ingin mulut anda berbau segar. Bawang adalah penyebab yang paling biasa menyebabkan nafas berbau. Tetapi penyelidikan menunjukkan bahawa makan bawang dalam kadar sederhana dapat membunuh 4 jenis bakteria yang boleh menyebabkan kerosakan gigi dan penyakit gusi. Juga, elakkan makanan yang tinggi dalam fruktosa atau berasid kerana ia menggalakkan pertumbuhan bakteria.

Jika anda lapar, cuba makan epal atau yoghurt. Epal mengandungi heteropolysaccharide pectin yang dikenali untuk merangsang pengeluaran air liur, manakala kultur aktif dalam yogurt dapat membantu mengurangkan bakteria di dalam mulut.

#4. Kikis lidah anda.

© Depositphotos.com

Lidah anda boleh menjadi tempat pembiakan bakteria berbau. Setelah anda berus gigi, gunakan berus gigi anda untuk mengikis lidah anda daripada mana-mana bakteria, produk sampingan daripada bakteria, atau plak. Anda juga boleh menggunakan pengikis lidah.

#5. Berus gigi dua kali sehari dan floss sekali.

© Depositphotos.com

Berus gigi selama 2 minit, dua kali sehari, dan floss sekurang-kurangnya sekali. Satu kajian menunjukkan bahawa lebih 55% wanita memberus gigi dua kali sehari dan peratusan lelaki memberus gigi lebih rendah iaitu hanya 49%. Berus gigi dan floss membantu menanggalkan makanan terperangkap dan bakteria yang menyebabkan mulut berbau.

#6. Pastikan gusi anda sihat.

 

© Depositphotos.com   © Depositphotos.com

Bakteria berkumpul di pangkal gigi yang menghasilkan bau. Penyakit gusi diketahui menyebabkan nafas berbau. Untuk memastikan gusi anda sihat, pilih ubat gigi yang mengandungi fluorida. Selain itu, berhenti merokok kerana merokok melemahkan sistem imun anda dan amat dikaitkan dengan permulaan masalah-masalah yang berkaitan dengan gusi.

#7. Mengunyah kulit buah.

© Depositphotos.com   © Depositphotos.com

Bilas kulit buah limau seperti lemon atau oren sebelum dikunyah. Ia bukan sahaja akan memberi nafas anda segar tetapi asid sitrik di dalamnya juga akan menggalakkan kelenjar air liur untuk menghasilkan lebih banyak air liur yang merupakan pertahanan semula jadi mulut terhadap nafas berbau dan asid plak yang menyebabkan kerosakan gigi.

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 10 seconds