Selepas kematian mengejut pemimpin reformasi politik, Hu Yoabang, 200,000 orang pelajar sekolah menengah dan universiti telah berkumpul di Dataran Tiananmen, China pada 22 April, 1989 untuk menunggu ketibaan jenazah Hu Yoabang yang tidak kunjung tiba. Ini telah membangkitkan kemarahan para pelajar yang sudah marak di dalam jiwa masing-masing dengan keinginan meraih demokrasi dan kebebasan yang tidak lagi dapat dibendung.

Amaran : Artikel ini mengandungi beberapa imej yang mungkin membuat pembaca berasa tidak selesa.

Beijing, China- 25 Mei 1989 – Memegang sepanduk kebebasan, para pelajar sekolah menengah telah berhimpun dan berkumpul di jalanan sekitar Beijing berhampiran Dataran Tiananmen bagi menyokong Pergerakan Pro-Demokrasi terhadap rejim China. 

Kredit : Getty Images/ Catherine Henriette

Untuk beberapa minggu berikutnya, Dataran Tiananmen akan diduduki dan dipenuhi oleh penunjuk perasaan di kalangan para pelajar yang menuntut untuk merealisasikan impian mereka untuk menumbangkan negara komunis dan kezaliman rejim serta membawa pembaharuan demokratik di China.

Para penunjuk perasaan telah berkumpul dan mengadakan demonstrasi secara aman dengan penuh harapan dan semangat… sehingga angkatan tentera telah diarahkan untuk mara dan bergerak ke hadapan.

22 April, 1989 – Seramai 200,000 penunjuk perasaan pro-demokrasi bersemuka anggota polis di perkarangan Dewan Besar Rakyat di Dataran Tiananmen di Beijing ketika mereka mengambil bahagian dalam upacara pengebumian bekas pemimpin Parti Komunis China dan reformis liberal, Hu Yaobang.

Kredit : Getty Images / Catherine Henriette

Walaupun undang-undang tentera telah diisytiharkan pada 20 Mei 1989, apakah yang telah menyebabkan anggota tentera secara tiba-tiba telah bertindak menggunakan kekerasan dan melakukan pembunuhan beramai-ramai pada 4 Jun 1989?

1. Menurut sumber yang tidak dinamakan oleh Dewan Negara China, sekurang-kurangnya 10,454 orang telah dibunuh secara besar-besaran oleh rejim komunis China di Dataran Tiananmen. Angka yang jauh lebih tinggi daripada yang dilaporkan dengan kiraan kematian ‘rasmi’ seramai 200 orang.

Pada 4 Jun 1989, para pelajar telah ditembak mati dan dilenyek kereta kebal oleh angkatan tentera berkereta kebal. Menurut sebahagian petikan kenyataan yang telah didedah dan diperolehi oleh Duta Britain di China pada tahun 1989, Alan Donald, “Tentera berulang kali telah melanggar dan melalui mayat mangsa, dalam keadaan mengerikan seperti ‘pai’ dan serpihan mayat telah dikutip oleh jentolak. Kemudian kesemuanya telah dibakar dan hos telah diturunkan ke saliran untuk pembersihan.”

Beijing, China – 4 Jun 1989 : Pada hari akhir pergerakan pro-demokrasi di China, angkatan tentera berkereta kebal China telah menghalang jalan di Changan Avenue yang menuju ke Dataran Tiananmen, di mana rejim komunis telah melakukan tindakan kekerasan penuh kekejaman mereka yang terakhir pada waktu malam ke atas penunjuk perasaan, beberapa jam sebelum imej ini diambil.

Kredit : Getty Images/Peter Charlesworth/LightRocket

Masih tidak dapat dipastikan secara tepat berapa ramai yang telah dibunuh secara beramai-ramai pada malam itu, selepas penunjuk perasaan yang tidak bersenjata telah melakukan bantahan secara aman bagi menuntut demokrasi.

2. Pemimpin yang mengarahkan pembunuhan beramai-ramai itu masih hidup

Sebagai tambahan kepada melanggar dan menggelek para penunjuk perasaan dengan kereta kebal, tentera juga telah melepaskan tembakan dengan senjata berkuasa tinggi yang mampu meluaskan kesan pemusnahan, dengan menggunakan peluru yang dikenali sebagai ‘dum dum’. Peluru ini telah diharamkan menurut Konvensyen Geneva. Para pelajar yang tidak bersenjata telah dibunuh dengan cara yang paling membahayakan.

Persoalannya sehingga kini, jenis manusia apakah yang telah mengarahkan supaya pembunuhan beramai-ramai secara kejam ini dilakukan ke atas orang awam yang hanya mahu menuntut kebebasan dan demokrasi?

Bekas diktator Jiang Zemin

Kredit : Getty Images/Feng Li

Bekas diktator Deng Xiaoping amat tertarik dengan cadangan kuku besi Jiang Zemin untuk menggunakan tentera bagi melumpuhkan gerakan menuntut demokrasi oleh para pelajar, sehingga telah menaikkan pangkatnya dari Ketua Parti Shanghai kepada Setiausaha Agung Parti Komunis China beberapa hari sebelum pembunuhan beramai-ramai itu, satu kuasa yang memberinya kebebasan untuk melakukan apa yang diingininya.

Jiang Zemin adalah dalangnya yang mengarahkan pembunuhan beramai-ramai ini, mengarahkan tentera untuk merangka strategi berdarah di Dataran Tiananmen pada 4 Jun 1989. ‘Pintu Kedamaian Syurga’ tiba-tiba bertukar menjadi neraka di bumi.

Foto ini telah diambil pada 4 Jun 1989, menunjukkan mangsa yang tercedera telah dibawa ke hospital semasa pertembungan di antara angkatan tentera dan para pelajar berhampiran Dataran Tiananmen

Kredit : Getty Images/ Manuel Ceneta/AFP

3. Pembunuhan beramai-ramai Dataran Tiananmen adalah permulaan kekejaman dan penyalahgunaan kuasa Jiang Zemin. Diktator ini terus melakukan jenayah dan kejahatan paling kejam yang tidak tertanggung

Selepas berjaya mengarahkan pembunuhan beramai-ramai itu sebagai penyelesai konflik, Jiang Zemin telah menjadi pewaris ideal kepada Parti Komunis China, di mana jawatan Ketua Parti telah diserahkan kepadanya pada tahun 1993.

Beijing, China, 1989 – Mangsa pembunuhan beramai-ramai telah ditindan di atas satu sama lain

Kredit : Getty Images/ Dario Mitidieri

Ahli Marxist dan bekas ketua biro perisikan bahagian Timur Jauh KGB ini baru memulakan kempen dan menunjukkan wajah sebenarnya apabila berhadapan konflik penyelesaian dengan penunjuk perasaan pro-demokrasi, dan selepas berkuasa Jiang Zemin terus mengendalikan konflik dengan kempen yang lebih dahsyat dan berdarah.

Pada tahun 1999, Jiang Zemin yang cemburu telah berusaha untuk ‘membasmi’ Falun Gong, satu bentuk senaman meditasi tanpa unsur keagamaan yang popular di China kerana pengamalnya telah berkembang kepada 100 juta berbanding 70 juta orang anggota Parti Komunis China, menurut satu laporan yang dikeluarkan pada masa itu.

Kredit : The Epoch Times

Di bawah pemerintahan Jiang Zemin, satu kempen maklumat yang menyalahi undang-undang telah disebarkan di seluruh China, yang mengubah pandangan orang ramai terhadap Falun Gong dengan meletakkan amalan spiritual ini sebagai satu amalan melampaui kejahatan termasuk penipuan insiden ‘mengorbankan diri’ di Dataran Tiananmen. Penipuan yang telah berjaya memperdaya dan menakutkan rakyat, sehingga menjadi pembuka jalan kepada diktator ini mengubah dan menghapuskan secara paksa para pengamal yang enggan berhenti mengamalkan kepercayaan mereka.

Kredit : The Epoch Times

Ia menjadi asas kepada dasar pembunuhan beramai-ramai manusia Jiang Zemin, yang dipercayai telah menyebabkan pembunuhan yang telah diluluskan oleh kerajaan, termasuk pengambilan organ secara paksa. Kini, sebanyak 209,000 tuntutan undang-undang telah difailkan terhadap Jiang Zemin, menjadikannya sebagai diktator paling banyak disaman di dalam sejarah.

Para pengamal Falun Gong telah mengadakan perarakan secara aman di hadapan Kedutaan China di New York pada 3 Julai 2015 sebagai langkah menyokong tuntutan saman secara global terhadap Jiang Zemin

Kredit : Epoch Times/Larry Dye

4. Akaun mengejutkan, apa yang berlaku di Dataran Tiananmen sentiasa disimpan sebagai rahsia

Seorang wartawan Blacklock telah menerima satu mesej teleks rahsia mengenai akaun yang mengejutkan tentang apa sebenarnya yang telah berlaku di Dataran Tiananmen pada hari 4 Jun itu, yang didapati menerusi akses kepada undang-undang maklumat.

Kedutaan Kanada di Beijing melaporkan pada waktu itu, “Seorang wanita tua telah melutut di hadapan para tentera bagi pihak pelajar-pelajar ini, dan mereka telah membunuhnya.”

Beijing, China

Kredit : Getty Images/ Manuel Ceneta/AFP

“Seorang budak cuba melarikan diri sambil memegang seorang wanita dengan anak kecilnya yang berusia 2 tahun di dalam kereta bayi, dan mereka telah dilanggar oleh sebuah kereta kebal. Kereta kebal itu beralih dan melenyek mereka.”

“Tentera-tentera ini melepaskan mesingan sehingga pelurunya kehabisan. Sejumlah peluru seperti di dalam medan pertempuran telah dilepaskan kepada orang awam di Dataran Tiananmen dan ia telah melantun menjadi peluru sesat dan mengenai rumah berdekatan sehingga membunuh ramai penghuninya.”

Kredit : Getty Images/Peter Turnley/Corbis/VCG

Menurut Blacklock, “Kedutaan itu menyifatkan pembunuhan itu sebagai ‘ganas’ dan kejam.”

Menurut sumber yang lain, “Kini mereka memasuki satu fasa menindas dengan keganasan di mana kecaman serta ketakutan kepada penganiayaan akan mengambil tempat dan menakluki rakyat.”

Beijing, China- 4 Jun 1989 – Pada hari akhir pergerakan pro-demokrasi di China. Tentera China telah menghalang laluan yang menghubungkan Changan Avenue menghala ke Dataran Tiananmen, di mana rejim komunis telah melakukan kekejaman malam hari yang ganas kepada penunjuk perasaan beberapa jam sebelumnya.

Kredit : Getty Images/ Peter Charlesworth/LightRocket

Para diplomat menambah kira-kira 1,000 hukuman mati telah dilaksanakan selepas pembunuhan beramai-ramai tersebut, tetapi jumlah sebenar tidak dapat disahkan dengan tepat.

Seorang diplomat dalam kenyataannya, “Mungkin dengan melakukan pembunuhan beramai-ramai sehingga beratus atau beribu-ribu orang awam telah dapat meyakinkan rakyat supaya jangan meneruskan gerakan dan tidak lagi sesekali membuat bantahan jalanan seperti ini. Dan nampaknya cara ini telah berjaya.”

Beijing, China – 4 Jun 1989 – Pada hari akhir pergerakan pro-demokrasi di China, beberapa penunggang basikal telah berhenti dan melihat semua basikal yang telah dilanggar dan dilenyek oleh tentera berkereta kebal China yang digunakan pada malam terakhir tindakan keganasan yang kejam dilakukan rejim komunis kepada penunjuk perasaan.

Kredit : Getty Images/Peter Charlesworth/LightRocket

Sebuah laman web berita HK01 yang mendapat sumber dari pemberi maklumat rahsia Britain mendedahkan butiran jenayah yang telah dilakukan oleh Angkatan 27 Tentera Darat Wilayah Shanxi pada hari itu.

Kredit : Beijing, China – Getty Images/ Manuel Ceneta

“Angkatan 27 Tentera Darat telah mengarahkan untuk tidak meninggalkan walau seorang penunjuk perasaan dan menembak mati tentera SMR yang tercedera. Empat orang pelajar wanita yang cedera telah merayu akan nyawa mereka tetapi kemudian mereka telah ditikam dengan bayonet. Seorang anak kecil berusia 3 tahun telah tercedera tetapi ibunya telah ditembak mati semasa sedang cuba mendapatkan bantuan bersama 6 orang yang lain.”

Beijing, China- 4 Jun 1989 – Hari terakhir pergerakan pro-demokrasi di China, seorang penunggang basikal melalui jalan yang dihalang pagar di Changan Avenue yang telah dilanggar dan dilenyek oleh kereta kebal semasa malam pertempuran penuh keganasan di sekitar Dataran Tiananmen.

Kredit : Getty Images/ Peter Charlesworth/ LightRocket

“Beberapa ribu orang yang terselamat telah diberitahu, mereka boleh melarikan diri melalui Zhengyi Lu tetapi kemudian mereka telah dirempuh dan dilepaskan dengan tembakan mesingan yang telah disediakan khusus untuk mereka.”

5. “4 JUN ” satu subjek yang menjadi perkara pantang dan larangan  untuk didengar di China pada hari ini

Walaupun Hong Hong menyinari petang dan malam 4 Jun setiap tahun dengan sinaran lilin dan lampu untuk memperingati mangsa pembunuhan beramai-ramai di Dataran Tiananmen, penduduk di Tanah Besar China masih tidak diberikan hak kebebasan bersuara. Memperkatakan tentang Pembunuhan Beramai-ramai Dataran Tiananmen atau menyebut “4 Jun” atau “6.4” boleh menyebabkan seseorang itu ditangkap dan terus hilang.

Hong Kong- 4 Jun : Beribu orang berkumpul di Victoria Park, Hong Kong sebagai tanda menghormati ulang tahun bantahan pro-demokrasi di Dataran Tiananmen dengan nyalaan lilin pada 4 Jun 2014.

Kredit : Getty Images/ Jessica Hromas

Pada 2007, seorang pensyarah bernama Zhang Zhongsun dari Universiti Yantai telah menunjukkan satu video mengenai pembunuhan beramai-ramai di Dataran Tiananmen yang diperolehinya daripada sumber laman web antarabangsa. Akhirnya, Zhang telah dipenjarakan selama 3 tahun.

Seorang penunjuk perasaan telah menghalang laluan konvoi kereta kebal di ‘Avenue of Eternal Peace’ berdekatan Dataran Tiananmen. Selama beberapa minggu para pelajar telah mengadakan tunjuk perasaan dan bantahan bagi menuntut hak kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar dari kerajaan China.

Kredit : Getty Images/ Bettmann

Sesiapa yang berani membangkitkan peristiwa ini kembali sebagai tajuk perbincangan di China setelah mengetahui akan menanggung akibatnya?

Tahun ini menandakan genap ulang tahun ke-29 pembunuhan beramai-ramai Dataran Tiananmen. Adakah Presiden Xi Jinping akan memperbetulkan isu ini dan membawa bekas diktator Jiang Zemin ke muka pengadilan kerana telah melakukan jenayah yang kejam ini? Hanya masa yang akan menentukan.

Lihat video di bawah

Sumber : NTD

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Kebenaran VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds