Di sebuah pulau kecil dikenali sebagai Yap yang terletak di Mikronesia, Lautan Pasifik, terdapat satu kisah luar biasa yang bakal mengejutkan anda. Dikatakan masyarakat Yap dikenali ramai kerana menggunakan mata wang yang paling berat di dunia!

Kredit: Robert Michael Poole

Penggunaan mata wang yang disebut sebagai ‘rai’ ini telah diamalkan sejak berabad dahulu namun tiada siapa yang tahu bilakah segalanya bermula.

Menariknya, masyarakat pulau ini masih lagi menggunakan batu besar berbentuk leper itu bagi pelbagai tujuan seperti hantaran perkahwinan, tanda permohonan kemaafan dan lain-lain yang berkaitan dengan adat masyarakat.

Kredit: Robert Michael Poole

Pulau Yap merupakan satu-satunya kepulauan Mikronesia yang menggunakan mata wang berkenaan sedangkan kawasan Mikronesia lain menggunakan dolar Amerika sebagai mata wang rasmi.

Dikatakan pada zaman dahulu, masyarakat Yap telah melihat satu batu yang amat besar di atas tanah ketika mereka tiba di Palau. Batu ini mengandungi aragonite iaitu bahan yang menghasilkan mutiara. Penemuan batu itu membuatkan masyarakat Yap mahu menukarkannya menjadi syiling.

 

Ketua kaum mereka telah bersetuju dengan cadangan tersebut lalu tercetuslah idea untuk menghasilkan duit ‘rai’. Proses untuk membawa duit syiling itu juga dikatakan sebagai satu proses yang amat sukar kerana ianya terlalu berat.

Kredit: Abasaa/Wikimedia Commons

Disebabkan itulah terdapat banyak duit rai ditemui berada di sekeliling pulau berkenaan seperti di dasar laut, di dalam hutan dan sebagainya. Bagaimanapun, setiap perkampungan yang wujud di pulau berkenaan mempunyai ‘bank’ yang dikhususkan untuk menyimpan duit batu ini!

Kredit: Ben Bohane/ABC

Nilai bagi setiap duit rai bergantung kepada saiznya yang boleh didapati antara 30 sentimeter sehingga 3.5 meter! Lebih besar duit tersebut, maka lebih tinggilah nilainya. Selain daripada saiz, nilai duit ini juga ditentukan berdasarkan kepada darjah kesukaran untuk mendapatkannya dan juga tujuan pemberian duit tersebut.

Namun, duit batu ini bukanlah digunakan dalam kegiatan harian seperti untuk membeli barangan dapur. Masyarakatnya tetap menggunakan dolar Amerika bagi tujuan itu. Duit rai yang dianggap seperti emas ini digunakan bagi tujuan membayar hantaran atau menukarkan kepada makanan dalam situasi yang ekstrem (hasil tanaman musnah).

Duit batu ini juga boleh dipindah milik menjadi hak orang lain selepas ianya didagangkan. Namun, disebabkan ia mempunyai saiz yang besar dan berat, ia tidak semestinya harus dipindahkan ke rumah pemilik baharu. Sebaliknya, satu kampung mengetahui siapakah gerangan si pemilik sesebuah duit rai itu walaupun ia diletakkan di kawasan pemilik lama.

Kredit: tropical.pete/Flickr

Sehingga ke hari ini, semakin banyak duit rai dihasilkan bagi memastikan tradisi tersebut tidak dilupakan.

Sumber: Elite Readers

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds