KUALA LUMPUR – Pihak kerajaan menubuhkan Tabung Harapan Malaysia untuk menerima dana daripada rakyat yang mahu membantu kerajaan menangani masalah hutang negara. Ia diumumkan oleh perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada satu sidang media khas yang berlangsung di Pejabat Perdana Menteri.

“Terdapat ramai rakyat Malaysia apabila tahu kedudukan kewangan negara yang buruk, mereka sanggup memberi derma kepada kerajaan.Kita mengalu-alukan sikap patriotik mereka dan mengucapkan terima kasih,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet di Perdana Putra, Putrajaya.

Menurutnya, sumbangan dana tersebut akan diuruskan oleh Kementerian Kewangan.“Bagi menentukan dana ini sampai kepada pihak yang bertanggungjawab, ia disalurkan terus kepada Kementerian Kewangan,” jelas beliau.

Menurut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, rakyat Malaysia yang ingin menyumbang kepada Tabung Harapan Malaysia boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun Maybank 566010626452 atas nama Jabatan Akauntan Negara dan ia hanya dalam bentuk mata wang tempatan (Ringgit Malaysia) sahaja.
Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES Ekonomi NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds