Peminat bintang seni mempertahankan diri legenda Jet Li terkejut selepas gambar yang tidak dikenali pelakon tersebut muncul dan tular di media sosial. Gambar yang dimuat naik di Twitter, menunjukkan Jet Li dengan rupa yang sangat berbeza.

Gambar itu juga mencetuskan kebimbangan mengenai kesihatan pelakon berusia 55 tahun itu kerana beliau kelihatan jauh lebih tua untuk usianya. Tetapi pada tahun 2013, Jet Li pernah mendedahkan bahawa beliau mempunyai beberapa masalah kesihatan, salah satunya ialah hyperthyroidism yang dipercayai menyumbang kepada penampilan penuaannya.

Dalam gambar yang tular baru-baru ini, Jet Li kelihatan hampir tidak dikenali.

Twitter

Jet Li yang merupakan seorang yang taat dengan ajaran Buddha, ditemui di sebuah kuil di Tibet di mana gambar itu diambil. Menurut Hollywood Reporter, kanak-kanak di kuil itu memanggilnya “datuk” kerana penampilannya yang kelihatan tua.

Jet Li mula-mula didiagnosis dengan hyperthyroidism pada tahun 2010 dan mengambil ubat-ubatan untuk merawat keadaannya.

Selain tiroid yang terlalu aktif, Jet Li juga mengalami masalah tulang belakang dan keadaan jantung. Kecederaan yang berlaku semasa penggambaran juga memberi kesan kepada kesihatannya dalam jangka panjang.

Beliau membintangi banyak filem aksi, termasuk Romeo Must Die (2000) dan The Expendables (2012).

The Chinese Red Cross ambassador tidak begitu aktif dalam industri perfileman dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini. Walau bagaimanapun, laporan menyatakan bahawa beliau sedang berbincang untuk memainkan watak maharaja dalam filem Disney, Mulan.

Jet Li menghabiskan sebahagian besar waktunya untuk kerja amal.

Beliau mengasaskan The One Foundation, yang memberi tumpuan kepada kebajikan kanak-kanak dan bantuan bencana.

Walaupun didiagnosis dengan hyperthyroidism, pengurus Jet Li, Steve Chasman telah mengesahkan kepada USA Today bahawa Jet Li baik-baik sahaja. Malah, Chasman mahu memberi jaminan kepada peminat Jet Li bahawa beliau tidak menderita sama sekali.

“Kami menghargai kebimbangan semua orang. Jet Li tidak mengalami sebarang masalah. Penyakit yang dialami olehnya tidak  mengancam nyawa. Jet Li dalam keadaan yang baik.”

Chasman menganggap gambar yang tular itu menjadi sensasi dan ia hanya merupakan gambar Jet Li pada sudut yang kurang menarik, diambil pada masa yang salah. Baru-baru ini, beliau juga berkongsi gambar Jet Li yang diambil pada sudut yang lebih baik.

Mungkin gambar yang tular tersebut diambil pada sudut yang kurang menarik.

“Jika anda mengambil gambar saya pada sudut yang salah dan masa yang salah hari ini, saya juga akan kelihatan sakit,” akhirinya.

Sumber: ELITE READERS

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds