Shen Yun Performing Arts mula ditubuhkan di New York, Amerika Syarikat pada tahun 2006. Pada masa itu, sekumpulan artis dan penari berbakat telah sepakat untuk menghidup dan memulihkan kembali budaya China tradisional, dengan menerapkan inti pati nilainya yang baik dan mempersembahkannya kepada dunia supaya ia boleh dihargai.

Persembahan seni ini juga ingin memberitahu kepada dunia apa yang berlaku kepada China moden pada zaman ini. Melalui seni persembahan, mereka ingin mengetengahkan budaya masyarakat Cina bermula pada awal tamadun yang berusia 5,000 tahun sehingga pada zaman penganiayaan Parti Komunis China terhadap pengamal Falun Dafa atau Falun Gong, satu amalan latihan kesihatan tubuh badan dan minda yang sangat popular di China pada tahun 1990-an.

Pihak Parti Komunis China telah melakukan pelbagai langkah terdesak bagi menyembunyikan kebenaran pihak mereka yang telah menindas dan menganiaya pengamal Falun Dafa kepada dunia. Ini termasuk menyembunyikan fakta penganiayaan dan penyeksaan sehingga membawa kepada pembunuhan para pengamal dengan organ mereka telah diambil secara paksa semata-mata kerana para pengamalnya mempertahankan kepercayaan.

Kredit foto: Paparan Skrin Youtube

Seni persembahan Shen Yun di atas pentas dunia telah menyentuh kisah benar ini dan ia menjadi penyebab mengapa Parti Komunis China secara berterusan berasa tidak gemar dan terus menekan syarikat ini apabila kumpulan artis Shen Yun mengadakan persembahan kebudayaan di seluruh dunia. Mereka berusaha mempengaruhi dan menekan ahli politik pelbagai negara supaya tidak membenarkan kumpulan ini mengadakan persembahan di negara masing-masing.

Apakah maksud sebenar di sebalik gangguan yang berterusan ini?

Pihak Parti Komunis China telah membuat beberapa percubaan menggagalkan dan mensabotaj persembahan pentas seni Shen Yun di beberapa buah tempat dan negara.

Pada tahun pertama persembahan jelajah dunia, Parti Komunis China telah menganjurkan dan menaja 60 pasukan seni persembahan untuk menyaingi pasukan seni persembahan Shen Yun. Namun begitu, para penaung dapat membezakan keaslian dan ketulenan seni persembahan Shen Yun yang jauh lebih baik dan mengagumkan, sehingga mengangkat martabat seni persembahan Shen Yun sebagai yang terbaik dalam arenanya.

Kredit foto: Paparan Skrin Youtube

Persembahan yang dianjurkan Parti Komunis China selalunya sengaja diadakan berdekatan dengan tempat persembahan yang diadakan oleh pasukan artis Shen Yun, namun persembahan mereka tidak pernah mencapai kualiti terhebat seperti mana artis Shen Yun.

Pada tahun ketiga, Parti Komunis China mula menekan para penganjur dan teater di benua Amerika, Eropah dan Asia untuk membatalkan kontrak persembahan yang telah ditandatangani, atau tidak membenarkan langsung artis Shen Yun memasuki negara masing-masing.

Dalam satu kes yang telah didedahkan oleh sebuah radio Radio24syv di Denmark, kedutaan China di Denmark telah mempengaruhi Teater Diraja Denmark untuk membatalkan penganjuran persembahan Shen Yun.

Terdapat kes dimana tayar bas jelajah yang membawa artis Shen Yun telah ditoreh, tangki minyak telah dicampurkan dengan bahan lain, para artis telah diganggu di lapangan terbang, dan pihak Parti Komunis China telah menjalankan kempen memburukkan reputasi pasukan seni persembahan Shen Yun sehingga dibawa kepada pengetahuan media utama di barat.

Kredit foto: Paparan Skrin Youtube

Ada ahli politik yang menerima ancaman dengan mengarahkan mereka supaya tidak pergi melihat persembahan, selain ada penganjur dan teater yang menerima panggilan daripada konsulat China untuk membatalkan persembahan dengan segera dan diberi amaran.

Namun begitu, tidak semua ahli politik yang menurut ancaman ini dan mereka telah menyaksikan persembahan Shen Yun yang amat mengagumkan itu, dan memberi pujian terhadap kualiti seni persembahan yang amat hebat.

Menurut wakil wilayah California, Dana Rohrabacher, “Saya pernah menyaksikan persembahan Shen Yun sebelum ini bersama keluarga, dan saya amat menyukainya. Persembahan yang amat hebat lagi menakjubkan, dan tiada sebab mengapa dunia perlu dihalang daripada menyaksikan persembahan sehebat ini.”

Kredit foto: Lin Fan/Epoch Times / Rep. Dana Rohrabacher

Persembahan jelajah dunia Shen Yun meliputi 5 benua, dengan seni persembahan diadakan di atas 150 pentas teater dan persembahan di seluruh dunia dengan popularitinya semakin meningkat dan mula dikenali.

Pada bulan Februari hingga Mac, Shen Yun telah mengadakan 34 persembahan di tujuh buah bandar di Taiwan. Presiden Taiwan Tsai Ing-wen bersama 100 orang pegawainya telah mengalu-alukan ketibaan artis Shen Yun mengadakan persembahan di Taiwan. Para pegawai di Taiwan telah memberi pujian akan persembahan hebat yang ditunjukkan oleh para artis Shen Yun dan mereka telah menyambut baik misi mereka untuk menyebarkan pengetahuan dan kebangkitan semula tradisi dan kebudayaan China tradisional.

Kredit foto: Shen Yun Performing Arts / Hero Dinasti Han, Han Xin 

Pada tahun 2010, Shen Yun menerima undangan untuk mengadakan persembahan di Hong Kong, tetapi apabila kerajaan Hong Kong enggan memberi kebenaran visa kepada enam kakitangan produksi Shen Yun, syarikat ini terpaksa membatalkan enam persembahan yang telah dijadualkan di mana kesemua tiket telah habis dijual.

Wakil wilayah New Jersey, Chris Smith berkata sepatutnya kerajaan Hong Kong memberi galakan untuk memanggil kembali persembahan Shen Yun ke Hong Kong, walaupun beliau tidak pasti keputusannya adalah positif.

Kredit foto: Lin Fan/Epoch Times/ Rep. Chris Smith

Dalam satu kenyataan, Chris Smith berkata, “Ini adalah persembahan kebudayaan yang menarik perhatian masyarakat di Hong Kong. Mengapa kerajaan Beijing berasa takut akan persembahan kebudayaan mereka sendiri? Ia merupakan satu perkara yang hebat dan mengagumkan apabila bukan sahaja penonton di Hong Kong tetapi penonton di Beijing juga berpeluang menyaksikan persembahan kebudayaan Shen Yun yang hebat sekiranya kumpulan ini dibenarkan mengadakan persembahan di Hong Kong.”

Kredit foto: Paparan Skrin Youtube 

Lihat video di bawah:

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds