Pada pertengahan bulan April, seekor kucing jalanan yang merayau-rayau di Nuuk, Greenland telah diselamatkan dan dibawa ke pusat perlindungan haiwan, Dyrenes Venner yang bermaksud ‘Pelindung Haiwan-Haiwan di Greenland’.

Menurut ahli lembaga pengarah di Dyrenes Venner iaitu Inunnguaq Christiansen, “Kucing jalanan yang sesat berhadapan dengan waktu-waktu sukar terutamanya pada musim sejuk. Kucing-kucing ini selalu berlindung di bangunan-bangunan lama.”

Para sukarelawan telah menamakan kucing bertuah itu sebagai Ulla. Sejak diselamatkan, Ulla jelas kelihatan jauh lebih gembira dan bahagia berbanding semasa Ulla menjadi kucing liar.

Ulla juga mempunyai personaliti yang menarik di mana ia gemar untuk bermanja-manja dengan manusia selain suka berkawan dengan haiwan lain yang turut berada di pusat perlindungan haiwan itu seperti anjing dan kucing lain.

“Ulla adalah seekor kucing yang penyayang. Saya pernah membawa anjing peliharaan saya iaitu Yaris ke sini dan sebaik sahaja Ulla melihatnya, ia terus melompat keluar dari sangkar.”

Semakin lama Ulla tinggal di pusat tersebut, para pekerja merasakan tingkah laku Ulla semakin aneh. Selain gemar bermanja dengan haiwan lain, berat badan Ulla juga semakin bertambah terutamanya di kawasan perutnya.

Mereka kemudian memutuskan untuk membawa Ulla ke sebuah pusat rawatan haiwan yang terletak di Greenland. Setibanya di sana, Ulla dibawa untuk menjalani pemeriksaan ultrabunyi dan pada ketika itulah, mereka mengetahui bahawa Ulla sebenarnya bunting!

Semua pekerja yang berada di situ amat terkejut mendengar perkhabaran gembira tersebut termasuklah Ulla! Reaksi Ulla yang terkejut setelah mendapati dirinya bunting benar-benar melucukan!

“Gambar itu sungguh melucukan sehingga membuatkan saya mahu memuat naik gambar itu ke /r/aww.”

“Beberapa jam kemudian, gambar itu menjadi tular sehingga meraih 90,000 likes dan lebih 900 komen. Ramai yang berterima kasih atas usaha kami dan perkara ini membuatkan seluruh sukarelawan di pusat perlindungan ini gembira.”

Sejak itu, Ulla telah dipelihara oleh seseorang yang turut mempunyai kucing lain bernama Sofus. Ulla kelihatan sangat bahagia tinggal di rumah baharunya sementara menantikan ketibaan cahaya mata yang comel-comel!

Sumber: happiest

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds