Suhu panas melampau sememangnya boleh membunuh tak kira manusia, haiwan mahupun tumbuh-tumbuhan. Di seluruh dunia, berlaku banyak kes kematian melibatkan bayi dan kanak-kanak yang mengalami strok haba akibat ditinggalkan di dalam kereta dengan pintu dan tingkap yang berkunci.

Ini adalah kecuaian daripada orang dewasa yang mungkin terlupa bahawa mereka meninggalkan anak kecil di dalam kereta.

Di Nashville, Tennessee, seorang kanak-kanak perempuan yang baru berusia setahun ditemui meninggal dunia selepas ditinggalkan di dalam sebuah trak milik bapa angkatnya.

Menurut polis Metro, kanak-kanak terbabit telah ditinggalkan di dalam kereta yang diparkir di luar kediaman mereka. Dikatakan selepas lelaki berkenaan menghantar adik-beradik kanak-kanak tersebut di tadika, dia terus pulang ke rumah dan benar-benar terlupa akan kanak-kanak itu.

Kredit foto: Metro Nashville PD/Twitter

Hanya pada ketang tersebut barulah ibu angkat menyedari akan kanak-kanak terbabit lalu segera membawanya ke Hospital Kanak-Kanak Monroe Carrell Jr. di Vanderbilt. Bagaimanapun, setibanya di sana, pihak hospital mengumumkan bahawa kanak-kanak malang ini telah pun meninggal dunia.

Sehingga kini, masih belum diketahui sama ada lelaki berkenaan akan didakwa atas tuduhan menyebabkan kematian kanak-kanak terbabit.

Semoga kisah tragis ini menjadi pengajaran buat kita semua supaya lebih berhati-hati bagi mengelakkan kecuaian.

Tonton video di bawah:

Sumber: Newsner

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds