Menyelam merupakan aktiviti yang agak menyeronokkan bagi segelintir individu. Anda boleh melihat keindahan terumbu karang, hidupan laut yang berwarna-warni dan semuanya seolah-olah membuatkan anda berasa seperti berada di dunia yang berbeza!

Selain menjadikan aktiviti menyelam sebagai riadah, ada juga yang menjadikan aktiviti ini sebagai mata pencarian seperti mencari ikan dan tiram serta harta karun!

Eric Schmitt merupakan salah seorang penyelam yang sangat bertuah kerana berjaya menemui harta karun yang bersejarah dan pastinya lumayan!

Kejadian ini berlaku pada tahun 2015 di pantai Florida. Pada ketika itu, Eric telah menyelam ke dasar laut sambil membawa alat pengesan logam. Dia telah menyelam sehingga mencecah paras 200 meter dan tidak menemui sebarang hasil yang diingini.

Sebaliknya, alat pengesan logam yang dibawa oleh Eric hanya mengesan barangan logam seperti mata kail dan juga tin minuman.

Semakin Eric menyelam, tiba-tiba dia menyedari sesuatu di dasar laut. Ia adalah sebuah bangkai kapal yang belum pernah ditemui selama ini! Bangkai kapal tersebut dipercayai sebagai kapal milik Sepanyol yang tenggelam di Lautan Atlantik sekitar tahun 1715, kira-kira 300 tahun yang lalu.

Eric terus meneliti sekitar bangkai kapal berkenaan dan menemui 51 keping syiling emas yang dianggarkan mencapai nilai sehingga RM3.98 juta! Syiling emas tersebut dikatakan dicipta khas untuk Raja Sepanyol, Philip V pada tahun 1715. Di samping itu, Eric turut berjaya menemui pelbagai rantai emas sepanjang 12 meter…

Bagaimanapun, sebuah perusahaan yang dikelola oleh Brent Brisben iaitu Queens Jewels LLC mempunyai hak ke atas bangkai kapal tinggalan sejarah itu. Dikatakan Queens Jewels LLC telah membeli lokasi tersebut pada tahun 2010 dan membenarkan beberapa penyelam seperti Eric dan keluarganya untuk mencari harta karun di kawasan berkenaan.

Memandangkan ianya termaktub dalam perjanjian kontrak, Florida akan memperoleh 20% daripada penemuan berkenaan untuk dipamerkan di muzium. Manakala selebihnya akan dibahagikan antara pihak syarikat dengan keluarga Eric.

Tonton video mengejutkan ini yang menunjukkan bagaimana Eric boleh menemui harta karun tersebut.

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 10 seconds