Bagi anda yang gemar memancing pasti masa menunggu umpan disambar ikan bukanlah satu masalah bukan? Ada yang sanggup menunggu berjam-jam lamanya untuk mendapatkan ikan. Jika ada rezeki pada hari itu, pasti ada ikan yang dibawa pulang.

Nampaknya kanak-kanak ini ada kaedah unik untuk menangkap ikan. Mereka hanya menggunakan bahan mudah didapati seperti bekas plastik, dawai halus, kayu kecil dan jaring ikan. Sejauh mana keberkesanan kaedah ini agaknya ya? Mari lihat cara membuat perangkap unik ini.

Pertama, ikatkan dua batang kayu kecil di dalam bekas plastik dengan menggunakan dawai halus. Pastikan kedudukan kayu pertama dan kedua tidak terlalu rapat.

Kemudian, pasangkan jaring ikan mengikut saiz bekas plastik tersebut. Tip yang dikongsikan oleh mereka ialah pilih bekas plastik yang panjang supaya lebih banyak ikan dapat masuk dan memastikan aliran air berjalan lancar.

Akhir sekali, letakkan bekas tersebut di tempat yang mudah air mengalir. Pacakkan kayu pada bahagian tepi bekas plastik tersebut supaya ia tidak dihanyutkan oleh air. Pastikan jarak antara tebing tanah dan bekas plastik tidak besar demi mengelakkan ikan daripada terlepas.

Tinggalkan perangkap tersebut dan periksa perangkap selepas 4 jam. Selepas mengutip hasil tangkapan, letakkan kembali perangkap tersebut di laluan air yang sama supaya dapat menangkap banyak ikan lagi.

Kaedah ini sangat mudah dan tidak memakan masa yang lama untuk menyiapkannya. Apa kata kaki pancing sekalian? Tercabarkah anda dengan perangkap unik dari kanak-kanak ini? Anda patut mencubanya sendiri!

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds