Bulan lalu, Ed Trist, anak perempuannya berusia 11 tahun, dan teman wanitanya menaiki ATV di sepanjang jalan pembalakan berhampiran Avery Lake di selatan Ontario. Mereka berhenti di jalan mati dan menemui sesuatu yang menakjubkan dan luar biasa.

Facebook

Pada mulanya, mereka hanya mendengar bunyi yang pelik sebelum menemui dua ekor lynx Kanada yang kelihatan seperti mahu bergaduh.

Sekiranya mereka terus bergaduh, ia pasti berkesudahan dengan kecederaan. Itulah sebabnya mereka hanya cuba mengintimidasi antara satu sama lain, untuk mengelakkan daripada sebarang kecederaan berlaku.

Facebook

Selain membuat bunyi yang ganas, mereka juga kelihatan berlawan melanggar kepala antara satu sama lain. Pasti tiada siapa yang berani untuk meleraikan ketegangan ini.

Giphy

Ed berkata, dia pernah menyaksikan pergaduhan lynx sebelum ini tetapi kali ini lebih dasyat dengan bunyi yang lebih gerun.

Facebook

Kedua-dua ekor lynx tersebut masih dalam situasi yang tegang semasa mereka berlalu pergi daripada tempat itu selepas 10 minit menyaksikan kejadian tersebut. Tiada siapa yang tahu apa yang terjadi selepas itu.

Chris Enright, yang mengetuai jabatan perkhidmatan veterinar di zoo Winnipeg, mengatakan ia mungkin telah menjadi pertikaian wilayah, atau mungkin dua ekor jantan bersaing untuk lynx betina. Atau, kemungkinan kecil, itu hanyalah permulaan proses mengawan.

Tonton video pertarungan tersebut di bawah:

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds