Tidak lama lagi umat Islam akan menyambut bulan Syawal. Pasti pelbagai persiapan anda perlu laksanakan untuk merayakan hari berkenaan. Rumah perlu dibersihkan dan dikemas, pelbagai juadah perlu dimasak, kuih raya, duit raya dan paling penting adalah baju raya.

Umat Islam digalakkan untuk mengenakan pakaian baru ketika menyambut hari raya. Jadi, kami akan membantu anda dengan menyenaraikan baju-baju pilihan yang sudah tentunya murah dan ia boleh di dapati menerusi pembelian atas talian menggunakan Zalora. Jom tengok!

#1 Lubna: Frilled Printed Peplum Top & Mermaid Skirt

Dengan harga RM105 sahaja, anda dapat membeli baju sebegini. Ia sesuai untuk mereka yang gemarkan perincian bunga yang agak kecil dan ‘simple’.

#2 Lubna: Structured Flared Sleeves Top & Mermaid Skirt

Bagi yang gemarkan baju tanpa sebarang motif pula, pakaian ini mungkin buat anda. Dengan warna merah, ia dapat menyerlahkan lagi keterampilan anda di pagi Syawal dan ia dijual pada harga RM125.

#3 Lubna: Flared Sleeves & Low Gathered Skirt

Pakaian ini hanya RM105 sahaja! Dan ia menepati citarasa mereka yang lebih suka motif jalur menegak sebegini. Ia diserikan lagi dengan motif bunga berwarna pastel pasti membuatkan anda tampak anggun.

#4 Lubna: Frilled Sleeves Kurung

Bagi mereka yang gemar motif floral, baju ini mungkin sesuai untuk anda. Ia dapat mencerminkan sisi feminin anda dengan corak bunga besar yang kelihatan sangat menarik, selain harganya juga berpatutan iaitu RM109 sahaja. Bolehlah anda bergaya di majlis rumah terbuka raya nanti.

#5 Zalia: Lace Piece Flare Sleeve Top Set

Bagi gadis-gadis yang fanatik dengan warna merah jambu, ia mungkin menjadi pilihan anda. Hal ini kerana, potongannya yang elegan pasti membuatkan anda nampak lembut ditambah dengan kain renda pada bahagian bahu baju berkenaan. Dengan hanya RM125, anda dapat memiliki baju ini.

#6 Zalia: Embellished Hi-Low Top & Lace Skirt Set

Hitam itu menawan. Untuk mereka yang telah menetapkan warna hitam sebagai warna tema di hari lebaran ini, mungkin anda boleh dapatkan baju ini yang berharga RM125. Hal ini kerana potongannya agak istimewa ditambah dengan kain renda. Selain itu, anda boleh padankan baju ini dengan pelbagai jenis warna tudung, kasut dan beg tangan.

#7 Butik Sireh Pinang: Fatima Modern Kurung

Dengan harga hanya RM112, anda boleh dapatkan baju yang cantik ini. Ia sesuai dengan mereka yang ceria kerana baju ini akan menjadikan anda kelihatan menonjol ekoran daripada warna dan coraknya. Mereka yang sukakan warna-warni pasti akan mendapatkan baju ini.

#8 Butik Sireh Pinang: Larissa Cotton Modern Kebaya & Songket Print

Untuk mereka yang memilih untuk mengekalkan tradisi dan budaya orang lama, apa apa kata anda gayakan baju kebaya songket ini di pagi raya nanti? Anda boleh dapatkan baju ini dengan harga serendah RM105 sahaja!

#9 Lubna: Printed Wrap Top & Tiered Skirt

Bagi mereka yang sukakan latar kain bewarna putih dan dilengkapi dengan corak bunga bewarna, anda pasti sukakan baju ini. Dengan harga RM119, anda dapat menggayakan baju ini di hari lebaran. Pasti anda akan kelihatan manis sahaja apabila mengenakan baju ini nanti.

#10 Lubna: Frilled Peplum Top & Mermaid Skirt

Baju ini sungguh elegan dengan potongan ropol pada bahagian depan baju dan pada penghujung lengan. Anda boleh dapatkan baju ini dengan harga RM125. 

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds