Nampak gayanya, seseorang perlu menyediakan sejumlah wang yang banyak. Hal ini kerana, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah mengadakan siang media pada 22 Mei lalu bagi mengumumkan kepada orang ramai mengenai situasi semasa kewangan Malaysia. Beliau mendedahkan maklumat yang begitu mengejutkan rakyat Malaysia, khususnya perihal berkaitan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Star Tv

Menurut Astro Awani, Lim telah sedaya upaya untuk menguruskan masalah kewangan yang telah ditinggalkan oleh kerajaan yang lama. Beliau turut mendedahkan bahawa Kementerian Kewangan telah melunaskan hampir RM7 bilion untuk pembayaran 1MDB meskipun terdapat kenyataan daripada mereka bahawa mereka boleh membayar hutang mereka sendiri. Arul Kanda Kandasamy, selaku Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, telah menegaskan bahawa 1MDB dapat memenuhi obligasi hutangnya. Sehubungan itu, Lim berkata bahawa beliau akan memerintahkan Arul Kanda membayar RM143.75 juta pada 30 Mei ini. Selain itu, Arul Kanda akan menjadi presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB sehingga 30 Jun.

The Star

“Saya telah diberitahu oleh Timbalan Bendahari, Datuk Siti Zauyah Mohd Desa bahawa beberapa perkara yang perlu diselesaikan dengan segera pada hari pertama saya bekerja adalah pembayaran faedah pinjaman 1MDB. Ini kerana jumlah sebanyak RM143.75 juta dijangka dibayar oleh 1MDB pada 30 Mei 2018. Manakala, faedah bernilai RM810.21 juta dijadualkan antara bulan September dan November”, jelas beliau. “Arul Kanda setakat ini menegaskan bahawa 1MDB dapat memenuhi obligasi hutang secara sepenuhnya. Oleh itu, saya telah memberikan arahan kepada Arul Kanda untuk memberi penjelasan ringkas sama ada 1MDB dapat membayar jumlah tersebut pada minggu hadapan”, tambahnya lagi. Lim juga berkata bahawa beliau mahu bertemu dengan pengarah-pengarah 1MDB untuk memberi taklimat kepada kementerian mengenai hal ehwal 1MDB.

Sewaktu sidang media berkenaan, Lim turut menyelar tindakan 1MDB yang menyorokkan perkara ini daripada pengetahuan rakyat Malaysia. Tambahan pula, senarai pembayaran yang perlu dijelaskan oleh 1MDB yang beliau kemukakan sebelum ini hanya merangkumi faedah, bayaran kupon dan pendahuluan daripada International Petroleum Investment Corp (IPIC). “Itu masih belum mengambil kira berbilion ringgit hutang yang akan dibayar pada tahun 2022”, akhirinya.

Sumber: WORLD OF BUZZ

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES Ekonomi NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds