KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, memberi kenyataan bahawa perkara pertama di dalam agendanya adalah untuk meningkatkan capaian internet dua kali ganda lebih laju daripada sebelumnya khas untuk rakyat Malaysia. “Kita akan berusaha untuk meningkatkan kelajuan perkhidmatan jalur lebar internet.

RoketKini

Terdapat banyak aduan pada tahun lepas dan saya harap kami dapat menanganinya”, jelas beliau sewaktu sidang media pada hari pertamanya di kementerian berkenaan. Sudah tentulah berita baik ini menerima respon yang menggalakkan daripada netizen.

Facebook

Tambah beliau, projek-projek lain yang sedang berjalan di bawah kementerian mungkin perlu ditapis supaya capaian internet dapat ditingkatkan. “Yang lain, kami akan semak kembali dan mengenalpasti keperluan sama ada ia perlu terus dilaksanakan atau tidak”, jelasnya lagi. Gobind berkata antara perkara lain yang turut menjadi agendanya adalah untuk memansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 seperti yang terdapat pada manifesto Pakatan Harapan.

Malay Mail

“Seperti yang telah kami katakan, rang undang-undang berkenaan dibahaskan secara tergesa-gesa pada parlimen yang lalu dan ia tidak menjalani proses yang tepat secara menyeluruh. Rang undang-undang itu juga ternyata bertindih dengan banyak undang-undang yang lain. Sebab itulah kita perlu meneliti semula supaya kita boleh menyelaraskan undang-undang yang bertindih dengan rang undang-undang ini,” tambahnya.

The Rakyat Post

Beliau berkata beliau akan bertemu dengan pihak berkepentingan yang relevan, termasuk media, untuk melihat bagaimana mereka boleh memperbaiki rang undang-undang tersebut.

Gobind juga mengatakan bahawa beberapa undang-undang sudah ketinggalan zaman dan memerlukan penambahbaikan untuk memenuhi kemajuan teknologi dalam industri media. Beliau berkata perubahan akan dibuat dalam kementerian, yang telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah lembaga media untuk mengkaji undang-undang yang sedia ada.

Undang-undang yang kita miliki hari ini sudah ketinggalan 20 tahun di belakang. Oleh itu, kita perlu mencari sesuatu yang dapat menyelaraskan persekitaran media hari ini. 

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds