PUTRAJAYA – Hutang negara dikatakan mengalami masalah besar setelah dilaporkan mencecah sehingga RM1 trilion dan memerlukan langkah pemulihan serta penyelesaian yang intensif!

Kredit: New Straits Times (NST)

Menurut Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berlaku ‘pencabulan’ terhadap kewangan negara sehinggakan kerajaan persekutuan mengalami masalah hutang yang besar sebanyak RM1 trilion!

Jelas Tun Mahathir lagi, keadaan ini tidak pernah berlaku sewaktu Malaysia berada di bawah pentadbiran beliau dahulu. Tambah beliau, ketika zaman pemerintahannya, hutang negara hanya mencapai sehingga maksimum RM300 bilion sahaja berbanding RM1 trilion pada masa ini.

Kredit: The Malay Mail Online

“Bagaimana kita hendak menyelesaikan hutang ini adalah bergantung kepada usaha dan daya fikir kita untuk menghadapi cabaran ini. Justeru, kita perlu ada kerjasama antara pihak yang menjadi kerajaan menerusi wakil rakyat yang dipilih dan anggota pentadbiran kerajaan bagi menyelesaikan masalah itu”.

Kredit: MalaysiaKini

Peningkatan mendadak hutang negara ini pastinya akan menyebabkan kesukaran untuk proses pembayaran semula. Bagaimanapun, Perdana Menteri telah berikrar akan berusaha sedaya upaya untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan.

Kredit: Bernama

“Ia tidak akan mengambil masa yang lama untuk negara pulih dan dihormati sekali lagi, jika kita semua bekerjasama,” kata Tun Mahathir dalam perhimpunan bulanan Jabaran Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya.

Sumber: BH OnlineMalaysiaKini

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES Ekonomi NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds