Kita biasa melihat periuk tanah liat digunakan untuk memasak. Dengan menggunakan bahan semula jadi seperti tanah liat dikatakan akan menghasilkan hidangan yang lebih enak. Jadi, tidak hairanlah jika periuk tanah liat masih digunakan di beberapa tempat di dunia.

Cara memasak menggunakan peralatan yang dibuat daripada tanah liat memang agak klasik atau kuno jika mahu dibandingkan dengan menggunakan alatan memasak moden tetapi hasilnya sangat memuaskan hati.

Itu jika periuk tanah liat, ada juga ketuhar tanah liat yang dikatakn telah wujud ribuan tahun lamanya. Mungkin tidak ramai yang menggunakan jadi tidak banyak pendedahan yang dilakukan terhadap ketuhar jenis ini. Di sesetengah tempat ketuhar tanah liat juga digunakan untuk membakar piza.

Kedengarannya seperti aneh, boleh kah piza dibakar menggunakan kaedah lama seperti ini. Namun, siapa sangka kaedah ini hakikatnya sangat praktikal dan mudah dilakukan.

Dengan menggunakan bahan semula jadi yang ada di sekitar kita, sebuah ketuhar tanah liat boleh dicipta. Siapa sangka gaya masak klasik yang unik ini hakikatnya boleh menyebabkan hidangan lebih enak!

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Kebudayaan Ria VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds